
Pada tarikh 29 September 2009 telah tertabalnya Umie Aida sebagai tunang kepada Datuk Paduka Khairuddin. Agak lama jugaklah Umie Aida ni tidak berpasangan. Mungkin pernah berpasangan dengan orang lain tetapi tidak diketahui umum. Pandai ek dia sorok kisah cinta dia. Bagi aku, untuk umur macam Umie Aida ni walaupun aku tak tahu umur dia berapa tapi aku agak-agak umur dia ni dah agak lewat jugaklah nak bertunang dan berkahwin. Kalau aku jadi artis pun, bila dah ada duit, aku kahwin je terus maaa.. Tak payah nak fikir panjang-panjang. Keperluan perlu diisi maaa.. Hehehe!
Ada orang cakap yang muka tunang Umie Aida ni macam Jaafar Onn. Tapi pandangan aku pulak, muka dia macam Jaafar Onn campur dengan Datuk K. Hohoho! Sama tak? Mesti sama punya kan, aku punya kombinasi wajah terbaik punyalah. Hehehe.. Ramai jugaklah yang datang majlis pertunangan Umie Aida ni, dan agak meriah jugak lah. Rakan-rakan artis turut membantu memeriahkan suasana pertunangan ni lagi. Macam dah rancang lame jer ni. Cuma tak bagitau dekat orang ramai sangat.
Menurut kata Umie Aida, majlis pertunangan ni memang diadakan secara besar-besaran tetapi majlis perkahwinan hanyalah untuk temna-teman rapat dan ahli keluarga sahaja. So bagi kakitangan media, inilah masa diorang nak tanya macam-macam kat Umie Aida. Nanti kena marah dekat boss pulak kan sebab majlis perkahwinan dah tak boleh datang nanti susah pulak kang. Sebelum ni Umie Aida cakap dia adalah orang yang bersederhana dan tidak materialistik, tetapi kenapa dia kahwin dengan orang kenamaan macam ni. Bukan materialistik ke tuh? Haha.. Umie Aida menjawab macam biasa, dia tidak pandang pada harta tunangnya, dia pandang pada budi pekertinya walaupun baru beberapa bulan saja berkenalan. Hehehe..
Antara artis yang turut hadir ialah Erra Fazira, Nasha Aziz, Lisa Surihani dan Nora Danish.
P/S: Aku harap perkahwinan diadakan cepat-cepat agar tidak ada kontroversi berlaku nanti. Amiinn..













7 Responses