Satu berita buruk untuk para gadis yang amat meminati Jimmy Shanley kerana ada sumber yang bagitau aku Jimmy Shanley sudah pun selamat ditunangkan dengan seorang gadis di Pulau Pinang. Wohoo! Tahniah aku ucapkan kepada Jimmy Shanley dan gadis Pulau Mutiara tu. Mungkinkah gadis tersebut seorang anak Mami yang pakai gelang emas berjela-jela sampai ke ketiak? Wakaka!

Nampaknya tanggapan aku yang Jimmy Shanley ada special relationship dengan Diana Danielle salah. Tak pasti bila tarikh yang tepat Jimmy dan gadis tu bertunang. Menurut sumber aku lagi, perikatan pertunangan diorang adalah selama setahun, wang hantaran bernilai RM19,000 dan mas kahwin RM10,000. Aku tak pasti sama ada nilai wang hantaran dan mas kahwin ni betul atau tidak. Tapi aku rasa macam banyak lagi je. Muahaha! Jimmy Shanley berada kot, nampak macam seorang yang well planned untuk apa-apa saja.

Apa pun kita doakan agar pertunangan ni tak ditimpa dugaan besar. Kalau nak senang , diorang ni kahwin je cepat-cepat. Buat ape tunang lama-lama sangat pun. Huhu.. Cuba korang tengok gambar-gambar ni, mungkinkah tunang Jimmy? Hoho..

Hmmm.. Bukan kot.. Peminat je ni.. Tapi comel gak..

Hehe.. Bukan ni..

P/S : Miss Propa (bukan sumber aku) cakap Jimmy Shanley kahwin Julai 2010

Related Posts with Thumbnails