Tiga tahun sudah berlalu aku menelaah segala apa yang ada di dunia blogging ni. Namun masih banyak lagi yang perlu aku pelajari dan terokai dalam dunia blogging ni. RidzuanRichie.com ni adalah blog pertama dan sudah tentu inilah blog yang paling aku sayang walaupun aku ada blog lain yang beri pulangan lebih banyak daripada blog personal aku ni.

Dunia blogging memang seronok sebab banyak membantu aku teruskan kehidupan yang tenggelam timbul ni. Alhamdulillah! Sepanjang 3 tahun aku blogging aku tak pernah pun buat pertandingan untuk blog ni dan blogger lain. Jadi kali ni buat pertama kalinya aku sediakan sedikit imbuhan serta ganjaran bersyarat untuk korang semua. Pertandingan ni adalah untuk blogger dan siapa jua yang ada website, blog mahupun laman sosial seperti Facebook dan lain-lain.

Pertamanya, korang kena buat blogpost atau page untuk review sedikit mengenai blog aku dan sepatah dua ucapan tahniah sempena ulang tahun ketiga RidzuanRichie.com . Nak cerita sedikit pasal diri aku pun boleh kalau korang kenal aku lah kan. Cerita bagaimana korang bermula jumpa blog aku pun tak salah. Apa yang penting ada ucapan tahniah sempena ulang tahun ketiga.

Kemudian, di dalam artikel tu, jangan lupa selitkan gambar dekat atas ni dan korang perlu linkkan mana-mana perkataan dalam artikel korang ke blogpost aku yang ni. Selepas tu, buka akaun Facebook korang dan upload gambar dekat atas ni. Masukkan sekali link blogpost korang dalam description gambar yang korang upload tu.

Kemudian, korang perlu maklumkan pada aku di dalam blogpost ni supaya memudahkan aku untuk buat rujukan. Masukkan URL blogpost dan URL gambar yang korang upload dalam Facebook korang. Oh ya! Maklumkan aku juga dengan email yang bersubject (RidzuanRichie.com 3rd Year) ke hai@ridzuanrichie.com .

Sudah tentu aku kan memberikan korang ganjaran tapi tidaklah sebanyak yang korang sangkakan. Ini saja yang aku mampu dan harap korang sudilah ya menerimnya jika korang berkelayakan. Tapi jika korang nak sertai pertandingan ni, korang wajib buat semua yang aku katakan dekat atas ya.

  1. Buat artikel di blog ataupun website korang, review dan ucapkan tahniah.
  2. Linkkan kepada blogpost aku yang ini.
  3. Upload gambar di akaun Facebook korang.
  4. Maklumkan pada aku!

1. Hadiah Top Commenters

2. Gambar Facebook yang paling banyak ‘like’ akan menerima habuan sebanyak RM50 (Milik AndyHowtt.com)

3. Blogpost atau artikel yang paling banyak sumbangkan trafik pada aku akan menerima habuan sebanyak RM50 (Milik Titan )

4. Lima reviewer bertuah akan menerima ganjaran sebanyak RM10 setiap seorang

  1. ZikriHusaini.com
  2. Amry’s Blog
  3. TwitNview
  4. LizaRazak.com
  5. Titan

 

Jadi aku harap korang sudi menyertai pertandingan dengan ganjaran yang tidak seberapa daripada aku ni. Jadi korang bolehlah mula buat apa yang patut untuk dapatkan ganjaran daripada aku. Bagi hadiah untuk Top Commenters , Gambar Facebook paling banyak ‘like’ dan blogppost@artikel yang paling banyak sumbangkan trafik aku akan putuskan pada 11:50PM, 30 Jun depan.

Sumbangan trafik@pelawat tu aku akan buat penilaian menerusi Google Analytics. Lima reviewer bertuah pula aku akan putuskan pada tengah hari 13 Jun depan. Aku nantikan pemenang yang bertuah itu nanti. Hohohoho!

P/S : Aku mula blogging pada bulan May 2008 , archieves untuk bulan May, June dan Julai 2008 lesap atas kesilapan lalu :p

 

Related Posts with Thumbnails