
Bangsat! Keparat! Hampeh! Meniarap! Takboleh berdiri! Woihhhh.. Bengang gila aku dengan cicak malam tadi. Ni la kali pertama aku mengisytiharkan perangĀ dengan cicak. Sebelum ni aku memburu cicak sekadar untuk dapat pahala hari Jumaat. Tapi sekarang aku akan membunuh cicak kerana dendam plus pahala hari Jumaat.
Malam tadi aku punyalah lapar nak makan hot dog. Aku dah siap-siap dah nak masak, aku cairkan dulu ais dalam plastik hot dog tu. bagi dia lembik dulu kan. Lepas tu aku layan ar tengok TV dalam 5 minit. Lepas tu aku tengok dekat dalam sinki, daripada 3 biji hot dog dalam pinggan tu dah tinggal dua je.
Aku ternampak lagi satu hot dog dekat lantai, hujung dia dah kena lapah dah. Dah macam kena gigit dah. Patutlah aku pergi dapur je nampak ade 2 ekor cicak lari naik dinding. Cilako boto weyh! Paneh hati aku ni ann.. Tak sangka pulak cicak boleh ratah hot dog. Aku dah baik-baik punya tunggu nak masak hot dog, dia wat hal plak.

Jangan harap nak buat aksi ni lagi lepas ni. Mampos!
Terus aku bunang semua hot dog tu, aku masak bebola ketam plak. Macam biasa kena cairkan dulu kasi lembik sikit. Kali ni aku letak betul-betul sebelah aku masa tengok TV. Barua punya cicak. Lepas ni, setiap hari aku tembak kau dengan getah baik punya. Padu gila aku buat nanti getah lastik tu.
Lepas tu strategi aku, aku masukkan sabun basuh dekat dalam plastik. Biar cicak mampos makan sabun kalau diorang ada hati nak makan sisa dalam plastik sampah rumah mak aku. Faktap!
24 Responses