rezeki perniagaan keluarga

Gambar ni aku ambil sebelum solat Jumaat dua atau tiga minggu lepas kalau aku tak silap. Disebabkan aku orang bujang, jadi aku hanya makanan segera yang sudah siap dimasak oleh sang peniaga. Aku rasa orang bujang kerap mengamalkan brunch. Teeeheee..

Sambil kunyah dan menelan, mata aku tak henti-henti perhatikan gelagat satu keluarga yang berniaga ni. Sebelum ni aku jarang beli dan melepak makan sambil duduk dekat akar pokok belakang gerai diorang ni, jadi aku tak tahulah diorang satu keluarga.

rezeki perniagaan keluarga

Memang menarik tengok diorang tolong menolong. Abang marah adik asyik duduk je, yang emaknya pesan pada ayahnya suruh beli barang yang sudah kehabisan. Jadi masing-masing dalam keluarga merasa macam mana flow keluar masuk duit family diorang.

Bila berniaga macam ni, aku rasa anak-anak pakcik dan makcik ni mesti tahu susah payah nak cari rezeki untuk besarkan diorang. Jadi aku simpulkan buat masa ni anak-anak dalam family ni menjadi dan boleh diharap.

Tu anak lelaki tu yang masih lagi berpakaian lengkap pelajar Sains Seremban (SASER) yang aku ketahui sekarang dah tukar nama. Kiranya dalam kesibukan tolong family berniaga, pakcik dan makcik ni masih tahu cara mendidik anak diorang sehingga bijak pandai. Tahniah keluarga harapan!

P/S : Tak salah rasanya berniaga ketika orang tengah solat Jumaat, perempuan lah yang take over masa laki solat.

Related Posts with Thumbnails
Be Sociable, Share!