Memang sakit hati betul bila cinta yang memang kita harapkan dianiaya dan tak menjadi. Sedih aku masa tu tak terkata dan tak boleh aku gambarkan macam mana kekecewaan aku masa tu. Aku mula menemui cinta aku ni masa sekitar tahun 2007. Apa orang kata, memang cinta pandang pertama lah. Masa tu aku masih lagi menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Jalan Semarak , Kuala Lumpur. Tapi sekarang aku dah tak study dekat situ lagi dah. Masa first impression aku terhadap cinta aku ketika tu, memang lain macam. Memang luar biasa tak terkata. Yelahkan, cinta ni memang hebat. Siapa yang pernah kena memang ‘terpana’ dan akan terus berangan-angan tinggi ke langit.

Masa tu aku diperkenalkan dengan syarikat jualan langsung ataupun lebih popular dikenali dengan nama MLM. Syarikat MLM yang pertama aku jumpa, Luxor Network (ni lah cinta aku). Masa tu aku diajak oleh seorang senior masa sekolah menengah aku dulu. Dia cakap nak jumpa aku nak ajak buat business baik punya dan dia cakap memang dia dah success dengan business ni. Masa tu dia tak bagitau aku lagi pasal MLM ni. Masa tu aku pun tak pernah dengar lagi apa tu MLM. Agak bebal la dengan hal-hal dunia luar bila dah 5 tahun duduk dekat sekolah asrama penuh. Hahaha…

Kawan aku tu cakap dia tak dapat datang tapi dia ada suruh partner dia datang jumpa aku dekat Wangsamaju. Kawan dia jemput aku dekat Kolej Kedua UTM Setapak Jaya. Perghh!! Masa mula-mula jumpa dengan partner kawan aku tu, dia bawak Mercedes Benz dow!! Tu yang buat aku terpana tu. Masa tu aku pakai baju sempoi je, dengan selipar. Lantak la hai. Lepas tu dia bawak aku dekat McDonald yang berdekatan. Masa tu lah aku di’brainwash’kan. Hahaha.. Agak malang bagi seorang student seperti aku.

Dipendekkan cerita seminggu dua kemudian aku pun dapat duit untuk bayar modal permulaan dengan jumlah lebih kurang RM2,000. Lepas tu bermulalah episod turun naik aku dengan MLM. Selisih faham dengan kawan semua ada, biasalah semangat lain macam dah terbit. Macam-macam benda buruk yang berlaku dekat aku, semata-mata untuk mendapat cek pertama aku dalam lingkungan RM2XXX. Kalau dipandang secara kasar, memang dah balik modal lah kan. Tapi kalau dipandang secara halus dan telus, emang tak lah. Macam-macam modal lain lagi keluar, handhone punya top up,makan-makan, dengan tambang serta minyak masa aku nak promote benda ni dekat kawan-kawan aku yang lain.

Kemudian bila aku dah fikir sejenak lepas dapat cek tu, memang ianya tak berbaloi sangat sebab masa tu aku tak bijak bertindak lagi. Kemudian aku dapat tahu ramai kawan-kawan aku yang bergaduh pasal Luxor. Ada Upline yang buat hal, curi downline punya prospek dan macam-macam lagilah. Aku agak kecewa jugak la dengan apa yang berlaku kat diri aku masa tu. Hilang kawan pun ada sebab diorang nak lari dari aku. Sedih dow. Yela, masa tu cerita gebang takde agak!! Tak berapa lama lepas tue aku ada nampak sorang Crown Manager keluar daripada Luxor dan sekarang ni dah join buat MLM lain siap keluar Wanita Hari Ini lagi. Masa dulu bukan main cakap pasal Luxor, tapi kau keluar jugak minah oooi!!!!!

Nasihat Aku :

Korang janganlah hina siapa-siapa yang buat MLM ni. MLM ni memang benda yang ‘indah’, salah satu perniagaan yang boleh bagi peluang dekat sesiapa saja. Yang buat MLM ni tak bagus adalah orang yang join tu sendiri. Macam Upline yang curi prospek dan ada yang bawak lari duit. So korang kena hati-hati. Bijak memilih perniagaan MLM yang betul denga buat research. Jangan terlalu cepat menjadi ahli sebelum korang dapat target market korang untuk produk MLM tu. Jangan cari prospek menggunakan old fashion way , sekarang ni dah macam-macam cara dan teknologi yang ada. Guna-gunakanlah! Dan jangan terlalu gebang!! Apa-apapun yang berlaku nanti aku pasti akan join kembali MLM yang aku minat dan aku tetap cintakannya.

Gebang = Cakap nak besar je,terlalu hype.

Related Posts with Thumbnails