
Aku tahu korang semua mesti dah tahu siapa yang menjuarai Piala FA 2010 kan. Hohoho.. Sudah sememangnya Negeri Sembilan memang layak jadi juara walaupun ada team lain yang tak puas hati. Sudah menjadi adat untuk membenci team yang jadi juara. Betul tak? Hehehe..
Perlawanan akhir Piala FA 2010 malam tadi yang berlangsung dekat Stadium Bukit Jalil memang sangat mendebarkan jantung aku yang kerap terkejut dengan tiupan trumpet oleh dua orang budak kecik yang duduk depan aku. Aku rasa malam tu hampir 65% peratus tempat duduk penonton penuh.

Aku dari 2-3 hari lepas memang tak sabar-sabar nak tengok final Piala FA ni. Geram haritu kalah dengan Selangor tak dapat Piala Sumbangsih. Ni Piala FA memang kena menang la kan. Mintak-mintak tahun ni Negeri Sembilan dapat menang treble la kan. Memang hensem! Hohoho!
Masa nak on the way ke Bukit Jalil memang sakit hati. Hahaha.. Satu nak tunggu member yang deal masa bukan macam orang Jepun, lagi satu jam gila babeng dekat Sungai Besi tu. Yadeiiiiii!! Guna Smart Tag lagi lembab daripada bayar tangan. Memang aku menyampah KL yang sesak bajet New York. Wakaka!


Si Tukang Trumpet Malas
Malam tu game yang paling menggoyangkan aku, sampai sakit kepalo otak aku dengan Mario terpekik-pekik. Hohoho.. Kitorang berpecah dengan budak-budak lain sebab merasakan view tempat masa awal-awal tu tak best sangat walaupun bawah sekali.
Aku suka tengok kalau dapat nampak pergerakan bola tu. Bayangkan kalau tengok bola daripada helikopter yang terbang atas padang. Hohoho! Tempat baru yang aku dengan Mario lepak tak ramai sangat penonton-penonton yang havoc. Aku rasa kitorang la yang paling havoc. Serius! Hohoho!

Selepas 120 minit lebih berlalu, keadaan masih lagi seri 1-1. Penuh debaran wey masa 90 minit pertama. Kedah score dulu, memang terdiam la kejap kitorang kan. Negeri Sembilan memang macam tu, bila dah tersentak baru nak kerja keras. Hohoho! Last-last dapat jugak gol. Memang melompat macam orang utan la dow! Hahahaha..
Bila dah sampai kena tentukan juara dengan sepakan penalti, aku memang yakin Negeri Sembilan akan menang sebab tuah keeper. Macam mana boleh jadi tuah? Sebab dah banyak kali kena maki dengan fans sendiri. Hohoho.. So dia punya hamkong kuat la!
Lagi satu goalkeeper Kedah boleh kira hebat jugaklah, tapi lepas aku tengok filem-filem Walt Disney daripada kecik, keaajaiban pasti berlaku. Orang hebat poyo pasti buat hal jugak! Wakakaka! At last, keeper Kedah sepak penalti macam sepak goal kick. Muahahah!
Hobin jang hobin pulang dengan kepuasan tak terkata, kelepiaq kedah kelepiaq pulang dengan kekecewaan tanpat putus. Huuhhuhu! Jumpa lagi weyh!

20 Responses