Finally, perkahwinan anak perempuan Chef Wan, Serina telah selamat menjadi isteri pegawai eksekutif Football Focus, Gavin atau nama Islamnya Salahuddin. Sebelum ni dah berapa kali hajat Serina nak berkahwin ditentang ayahnya sendiri Chef Wan. Tapi kali ni pilihan Serina, Salahuddin telah diperkenan dan direstui Chef Wan. Dapat jugak Serina kahwin akhirnya. Mesti dah boring hidup single nih. Hohoho!

Serina sah menjadi isteri Salahuddin pada 11.23 pagi semalam. Pernikahan diorang disaksikan oleh kaum keluarga dan rakan artis-artis yang lain. Antara angka-angka yang korang patut tahu, RM1,000 adalah untuk mas kahwin dan RM30,000 adalah nilai wang hantaran Salahuddin kepada pengantin perempuan. Pihak lelaki menghantar 7 dulang hantaran lepas tu Serina reply dengan 9 dulang hantaran. Oooo, memang betullah apa yang aku fikir selama ni, perempuan mesti lagi banyak dari lelaki. Tak tahulah kalau diorang main tipu, hantaran kasut tapi sebelah kasut satu dulang. Haha!

Kalau rumah korang ada Astro, korang berpeluang nak tengok upacara perkahwinan Serina dengan Salahuddin ni. Kalau tak silap aku, Asian Food Channel free je kan? Memang dah ada dekat Astro walaupun korang ambik pakej Astro yang basic je. Nanti dalam bulan Februari nanti korang bukaklah Asian Food Channel (Channel 703). Kalau korang dah tahu exact date nanti korang bagitau aku skali haaa.. Cuba tengok antara gambar-gambar pernikahan diorang selepas ni. Aumm!