Sememangnya hari paling bahagia dalam hidup Serina akan bertambah ceria dengan barang kemas yang ditaja oleh Habib Jewels. Jumlah harga barangan kemas yang akan dipakai oleh bakal pengantin Serina adalah bernilai lebih daripada RM2.5 juta. Nasib baiklah Habib Jewels tak bagi free je untuk diorang, kalau tak aku tak tau nak cakap apa. Huhuhu..

Meriah betul majlis perkahwinan Serina dengan Gavin Edward O’luanaigh atau nama islamnya Salahudin Ghafar sampai orang luar negara pun nak datang. Banyak negara juga yang akan berpeluang untuk tengok majlis perkahwinan Serina ni. Ya lah, anak chef tersohor dekat satu dunia, siapa pulak tak nak tengok. Aku tak pasti aku akan tengok ke tidak, tapi aku cuba untuk merajinkan diri nanti. Hehehe.. Selepas tengok gambar dekat atas, aku dah tau dah kenapa Gavin boleh sangkut dengan Serina. Ahah!

Related Posts with Thumbnails