Oh! Sudah lama aku tak update blog aku ni dengan post baru tapi aku gembira sebab ranking blog aku ni dah semakin bagus. Ermmm.. 543,247 gamaknye.. Hoho.. Ok sekarang teruskan cerita pasal post ni iaitu ‘ Perihal Etika Blogstarz’. Sebelum ni aku pernah cakap pasal Blogstarz dekat post aku yang ni – Blogstarz Dapat Duit Klik Sendiri. Sudah ramai blogger yang cerita pasal Blogstarz ni dan setiap post diorang mendapat sambutan yang hangat, lebih-lebih lagi ahli Blogstarz itu sendiri…..

Apa yang aku dapati, rata-rata ahli Blogstarz yang comment pada post yang cerita pasal diorang semuanya tak berpuas hati dengan post tersebut. Ada yang marah, ada yang riak, tak puas hati dan juga ada yang merendahkan kebolehan blogger sejati seperti MohdIsmail.net.  Terkedu jugaklah aku baca comment diorang semua , ada yang panjang lebar macam karangan budak sekolah rendah tu. Hoho.

Lagi dasyat, ada orang kuat ala-ala founder Blogstarz yang turun comment sekali. Aku tak tahulah etika diorang macam mana. Ataupun mereka tak pentingkan sangat etika dalam perniagaan ni. Bukanlah aku nak mengutuk ke ape ke , tapi sudah terang lagi bersuluh cara diorang comment dan berbahas pasal isu tu macam tak professional langsung. Kalaulah betul pun nak tegakkan benang yang basah pasal perniagaan dengan Blogstarz ni, cubalah beretika sikit. Tak perlu nak berlagak ataupun merendah-rendahkan blogger sejati yang lain.

Kalau tak percaya tengok ni – Apa Yang Kau Perlu Tahu Pasal Blogstarz Sebelum Lebur RM99

Diorang tu blogger sejati dan dah masuk dalam dunia blogging ni bertahun-tahun lamanya. Boleh kata old timer jugak lah. Mereka lebih arif lagi dalam teknik-teknik blogging ni, dengan cara old school mahupun new school. Kalau betullah Blogstarz memang hebat dalam dunia blog, kenapa content dalam blog-blog ahli Blogstarz tu masih tak bermutu? Atau orang kuat Blogstarz tak pimpin ahli-ahli mereka dengan teknik-teknik yang bagus contohnya macam teknik SEO tu? Blogstarz ni saja nak ambil kesempatan dengan mereka yang tidak tahu pasal dunia blog ni ke? Kenapa nak hebah-hebahkan pasal clickshare? Memanglah kalau clickshare tu boleh kaya cepat kononnya, tapi tak professional lah brader.

Otai-otai adsense memang pantang kalau dengar pasal clickshare ni. Sebab tujuan blogging dengan Blogstarz boleh jadi terpesong. Bukannya nak blogging dengan isi-isi blog yang bermutu. Tapi ada sedikit yang hampeh, penuh dengan iklan dan chatbox yang borak-borak pasal clickshare. Dah berapa korang klik hari ni? Amacam income kau hari ni ? Jari aku melecetlah sebab click so kurang income. Kelakar ke? Pandai-pandai korang nilai kan. Apa-apa pun aku lebih suka konsep MyPortal daripada Blogstarz.

P/S: Aku tak kesah korang nak kata apa, comment je. Aku terima.

Related Posts with Thumbnails