Pentingnya Sebuah Impian Dalam Kehidupan

dreams impian

Di dalam diri aku ternyata sudah ada sebuah impian yang tersemat sejak daripada aku mengenal erti perniagaan ataupun business. Aku yakin ada di antara korang semua pasti ada sebuah impian. Namun aku terasa amat sedih dan simpati sekali apabila ada juga insan yang terpaku apabila aku bertanya apakah impian mereka.

Ada juga yang berasa hairan kenapa aku bertanya soalan itu tapi bukannya sebab mereka ingin rahsiakan impian mereka cuma mereka berasakan impian mereka tidak berapa penting. Jadi keghairahan mereka terhadap impian tersebut seolah-olah tiada dalam diri mereka. Ini membuatkan aku lagi sedih, mungkin hangat-hangat tahi ayam mereka ni.

toyota 86

Setiap orang perlu menanam sebuah impian @ DREAMS dengan penuh perasaan dalam diri. Mereka perlu berasa ghairah dan bersungguh-sungguh untuk mencapai impian tersebut. Tiada impian logikal yang mustahil kerana aku pasti impian mereka itu sudah pasti pernah digapai oleh orang lain dalam dunia ini.

Tidak kisah sama ada impian tersebut kecil atau besar yang pasti jika mereka berjaya capainya kelak, pasti akan rasa puas hati dan bangga. Impian ingin membeli sebuah kereta Toyota 86, membeli sebuah rumah banglo berserta kolam renang untuk keluarga anda, impian ingin membawa seluruh keluarga anda mengerjakan Umrah & Haji, impian ingin bebas kewangan, impian ingin bekerja di rumah saja dan apa-apa jua impian lagi. Semuanya itu adalah hak peribadi aku dan korang semua.

winner cup

Apa yang menarik sekali ialah hala tuju sebuah impian itu akan menjadikan diri kita sentiasa maju ke hadapan dan berilmu. Kita akan sentiasa menambahkan nilai-nilai murni yang ada dalam diri. Jika kita tersalah langkah dan kemungkinan hala tuju akan terpesong sedikit, namun jangan lupa ambik iktibar daripada kesalahan tersebut dan kembali menuju menggapai impian kita untuk kebaikan semua.

Jika kita berjaya, kejayaan tersebut akan dikongsi bersama-sama dengan sesiapa saja yang menjadi inspirasi dan pendorong diri kita. Ada impian aku yang telah tercapai dan aku nak kongsikan kepada mereka serta korang semua yang tiada impian yang mustahil. Jangan takut mencuba kerana kita tidak akan mengubah apa-apa tanpa mencuba.

Success

Jadikan kehidpuan kita lebih bermakna! Jika kita inginkan kehidupan yang lebih hebat dan lebih bermakna daripada orang lain, maka kita harus berbuat seusatu yang lebih baik daripada orang lain. Lakukan perkara yang sama seperti orang lain, maka anda akan menerima keputusan yang sama seperti mereka kecuali anda seorang yang sentiasa mendapat tuah.

Tetapi kehidupan ini bukanlah semata-mata menanti tuah! Jika kalian semua belum ada impian lagi, mulalah berimpian daripada sekarang. Kalian mempunyai hak untuk menjadi lebih baik daripada ini. Things gonna get better if you get yourself better!

6 thoughts on “Pentingnya Sebuah Impian Dalam Kehidupan

  1. Mohd Isa

    cerita bab impian ni, semua org aku rs sama je. better and better. semua org ada impian rsnya, tp yg membezakannya ialah cara dan usaha untuk mencapai impian tersebut. mcm aku juga, kadang semangat utk mencapai sesebuah impian ada, tp faktor lain pula yg mengekang. sekadar pendapat.
    Mohd Isa´s last blog post ..Harta Yang Diwajibkan Zakat

    Reply
    1. Richie Post author

      Jadi kita kena jadi lebih baik untuk mengatasi kekangan tu. Dont wish for less challenge, wish for more skills! 🙂

      Reply
  2. master slave

    i have a dream. semua orang ada impian masing-masing. aku pun ingin berjaya di dalam duni a blogging ini, sebab aku kenal dunia blogging dari tahun 2007 lagi dan sejak itu aku try buat blog. sudah entah berapa banyak aku buat tapi tidak berhasil. ada sahaja halangan. aku harap blog aku kali ini akan berhasil. itu impian aku sekarang. impian nak ada isteri dan anak sudah tercapai..hehehe
    master slave´s last blog post ..Tips Cara Mendapatkan Backlinks Berkualiti

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge