Pengalaman Baru Dalam Dunia Pelaburan Emas

emas, gold

Nampaknya memang agak lama saya tidak berbicara di dalam blog peribadi saya ini. Boleh kata sudah bersawang blog Ridzuan Richie ni. Minta maaf ya kerana saya memang agak sibuk dengan aktiviti networking dan perniagaan saya. Tambahan pula kini saya sudah pun berjinak-jinak dengan dunia pelaburan @ investment.

Sebelum ni saya memang agak sceptical @ ragu-ragu dengan sebarang pelaburan yang memberikan keuntungan terlalu lumayan. Malah saya juga ragu-ragu sebelum setup website pelaburan emas saya yang berkongsi mengenai pelaburan yang boleh memberikan pulangan dividen sebanyak 15% – 30% setiap bulan.

Hati saya terbuka pada pelaburan sebegini kerana melihat kejayaan rakan-rakan lain yang juga usahawan seperti saya. Kalau dulu sama-sama buat duit di internet, sama-sama buat networking dan berniaga tapi apabila mereka pelawa saya untuk menceburi bidang pelaburan ini, saya menolak sebelum ini.

Setelah melihat mereka semakin stabil, sukses dan ada yang berjaya meraih lebih RM2 juta dalam tempoh setahun saja, itu membuatkan saya sedar dan terbuka hati untuk mendalami ilmu mengenai pelaburan.

Alhamdulillah sedikit sebanyak dunia pelaburan emas ini banyak memberi saya input dan juga rezeki yang boleh digunakan untuk kehidupan seharian, simpanan dan juga pelan masa akan datang.

Rezeki daripada pelaburan ini juga membuatkan saya berjinak-jinak dengan beberapa jenis pelaburan yang lain. Pelaburan perlu dipelbagaikan, bak kata Warren Buffet, Dont Put All Your Eggs In One Basket.

16 thoughts on “Pengalaman Baru Dalam Dunia Pelaburan Emas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge