
Kelmarin Kementerian Tinggi Malaysia digemparkan dengan kehilangan 7 orang pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Australia..Ini turut merisaukan ahli keluarga mereka sendiri..Ye la, nak pergi cari atau selesaikan masalah diorang tu jauh..Jadi hanya boleh mengharap bantuan dari kakitangan Malaysia di sana saja untuk membantu..Tetapi yang paling mendapat liputan meluas adalah, Norzarifah Kamaruzaman yang dikatakan hilang secara misteri pada mulanya..Setelah disiasat Norazifah ni bukanlah hilang begitu saja , dia dikatakan telah berhenti daripada meneruskan pengajian beliau di Universiti Teknologi Curtin.
Artikel dari Akhbar : [ Artikel 1] [ Artikel 2 ] [ Artikel 3 ]
Sebenarnya , Norzarifah ni adalah senior aku masa sekolah dekat SM Sains Tuanku Jaafar dulu..Budak-budak perempuan panggil dia Ipah..Aku pun baru dapat tau yang budak hilang ni senior aku..Aku pun tak perasan , kawan aku yang bagitau sebab dulu muka dia gelap sikit..Masa dekat sekolah dulu budak-budak batch aku selalu juga sakat dia ni..Ada la gelaran special tu..Dulu masa dekat sekolah dia ni prefect pastu selalu main basketball kat court..Kat situla budak-budak ni menyakat..
Tapi bila dengar pasal dia berhenti ni kira tak sedap hati jugak la..Macam mana dia boleh berhenti belajar sedangkan dia pelajar tahun akhir untuk jurusan Geologi..Dulu dia ni skema jer kot bagi aku tapi baca dalam surat khabar , dia ada telan 50 biji panadol..Sangat-sangat menyedihkan..Apa sebab dia jadi macam tu?Atau semangat dia tidak kuat sampai sanggup ikut seorang lelaki Australia balik kampung ke Rockhampton..Adakah ini semua sebab cinta ?
P/S : Bagi sesiapa yang tengah study dekat oversea tu , ingat-ingatlah mission korang dekat sana dan harapan family..Dan bagi yang bakal fly , persiapkanlah diri masing-masing..
22 Responses