
Bukan RidzuanRichie.com yang diserbu ya, tapi pejabat I-Rich 696 Network yang diserbu. Hohoho! Pejabat diorang yang ada dekat Sri Kembangan telah diserbu oleh pihak berkuasa pada waktu malam kalau tak silap.
Seramai lebih 30 orang ahli network I-Rich 696 ini ditahan termasuk juga dengan komputer dan projector. Kumpulan ini telah dicop sebagai skim cepat kaya kerana menjanjikan pulangan ratusan ribu ringgit dengan bermodalkan RM3,000+.
Aku pun pernah jugak dapat email spam daripada ahli network I-Rich 696 ni. Apatah lagi aku ditag berkali-kali dalam gambar ahli diorang pegang duit banyak-banyak siap buat kipas duit lagi. Muahaha!
Apa yang aku tahu, I-Rich 696 ni sama juga dengan team Unstoppable yang merupakan network yang diperanakkan oleh delegasi Uptrend. Aku faham cara diorang buat duit dan aku benar-benar yakin cara diorang buat duit tu.
Ilmu kewangan diorang tinggi tapi diorang silap dekat promosi yang berlebih-lebihan dan boleh juga dikatakan sebagai hiperbola. Wakakaka! Aku ada selidik dekat forum-forum tempatan dan ramai yang tahu pasal I-Rich 696 ni.
Ada yang puji dan ada yang merungut pasal kumpulan yang dah lahirkan beberapa jutawan dengan sistem diorang tu. Kemungkinan besar diorang hanya fokus kepada sistem ahli cari ahli dan bukan penjualan produk.
Website Utama – Pari-Pari Duit
Link Merungut – I-Rich 696 Scammer , MLM Terdesak dan Helah Uptrend
Diorang boleh perbaiki lagi cara diorang promosi kalau diorang tak disabit kesalahan dalam mahkamah nanti. Kalau lepas tu berubahlah, kalau kena hukum tu menganga lah! Teeeheeee!
10 Responses