kupon Mcdonald

Tawaran gila kentang McDonald datang lagi. Setiap kali diorang buat promosi macam ni, memang sentiasa tidak masuk akal, berbaloi-baloi dan membuncitkan semua orang. Hohohoh.. Kali ni beli 1 Mcchicken, percuma 1 lagi Mcchicken.

Jadi apa korang tunggu lagi, serbu McDonald yang terdekat sekarang! Tawaran ni hanya valid untuk 24 & 25 May 2011 sahaja. Korang hanya perlu print kupon Mcdonald dekat sini sama ada berwarna ataupun hitam putih saja. Dua-dua poooommmmmm bolaiiihhhh!

Jadi ini peluang untuk korang belanja awek korang yang kurang pengetahuan am sebiji McChicken tanpa perlu mengeluarkan sesen untuk si dia. Wakakaka! Harap-harap awek korang yang jenis kurang membaca. Sambung baca lagi baiiii »


platinum victory

Kelmarin kawan aku ada buat open house kecil-kecilan dekat rumah sewa baru dia, di Platinum Victory berdekatan Taman Melati, Kuala Lumpur. Kalau lalu MRR2 straight nak pergi ke UIA tu mesti nampaklah tepi jalan.

Aku masuk-masuk je rumah tu, terasa diri ini suci sangat dan putih bersih sebab masuk rumah sewa yang sangat selesa dan kemas. Perabot bukan calang-calang dengan dapur serba lengkap.

platinum victory

Aku terasa sangat jeles dengan keadaan rumah sewa yang sebegitu. Hohoho! Aku tanya Juju berapa sewa rumah tu, dia jawab RM1200 fully furnish. Perghhh! Murah gilaa kott.. Sebab aku pernah usyar area ni sewa dia dalam RM1800 without furnish apatah lagi kabinet dapur tu semua. Sambung baca lagi baiiii »


Tragedi di Hulu Langat yang menimpa Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa betul-betul menyayat hati orang ramai. Sebilangan daripada penghuni dan penjaga di situ menjadi mangsa kepada runtuhan tanah di lereng bukit berhampiran dengan institut tersebut.

Diorang yang tengah bersiap-siap untuk menhgadapi majlis sumbangan derma oleh FINAS pada pukul 5 petang dikejutkan dengan runtuhan tanah pada pukul 2.30 petang semalam. Mangsa kejadian dikatakan sejumlah 25 orang.

Ada yang terperangkap, ada yang terselamat dan ada juga yang maut. Innalillah! Aku dapat tahu berita ni pun malam tadi sebab busy sikit dengan majlis open house kawan aku dan kerja-kerja lain. Sambung baca lagi baiiii »


Yariibaaa! Semalam merupakan hari jadi akuyang ke-23. Walaupun tak dapat hadiah langsung tapi ucapan selamat hari jadi dan happy birthday pun dah cukup untuk membuatkan aku bangga bernafas di muka bumi ini setelah 23 tahun.

Terima kasih kepada rakan-rakan di Facebook yang wish aku Happy Birthday. Tapi wish yang aku tak boleh lupakan ialah Allah Selamatkan Richie.. Allah Selamatkan Kamu! Tersentak sebentar dan memikirkan nyawa aku ni hanya dipinjamkan daripada Allah SWT. Sambung baca lagi baiiii »


awek seksi

Blog merupakan antara platform yang bagus untuk berkomunikasi dan bertukar pendapat. Apabila blog semakin diminati ramai dan kebanyakan orang sudah biasa dengan ciri-ciri blog ini, ada yang cuba berniaga menerusi blog pula. Amazingly, ramai yang sudah menjana pendapatan sampingan lumayan dengan menjual barang-barang di blog.

Sesiapa yang suka berniaga tetapi mempunyai sifat malu yang tinggi, bolehlah berniaga melalui blog. Apabila berniaga di blog, kebanyakan komunikasi di antara pelanggan hanya di alam maya sahaja. Blog merupakan platform yang mesra pengguna jadi korang tak perlu risau macam mana ingin melayan pelanggan dengan baik. Sambung baca lagi baiiii »


Yahoooo! Terima kasih banyak-banyak aku ucapkan kepada Maxis yang telah menganjurkan program Maxis10. Iini memberi peluang kepada blogger-blogger bertuah untuk mencuba dan review  smartphone dan teknologi telekomunikasi terbaru.

HTC Desire S ni adalah antara smartphone yang lengkap dengan kemudahan terkini. Apa yang paling penting memudahkan untuk bersosial dan keep in touch dengan dunia maya. Selain itu banyak juga applikasi dalam HTC Desire S ni menyenangkan kehidupan aku sebagai blogger dan freelancer sepenuh masa. Sambung baca lagi baiiii »