
Bagi sesiapa yang terasa diri dia kacak, bolehlah korang melawat ke kedai peniaga yang kacak ni, KodaiKacak.blogspot.com . Hohoho.. Ni kedai member aku dan diorang ni memang aku jamin kacak serba serbi. Barang-barang yang diorang jual pun kacak-kacak juga.
Kalau korang berasa diri korang tak kacak sangat, pun jangan segan silu untuk melawat ke Kodai Kacak ni. Buat masa ni diorang memang banyak stok baju @ t-shirt Paul Smith yang murah-murah dan kacak-kacak belaka. Kalau Norman Hakim dengan Awal Ashaari tengok nih memang diorang nak rembat semua. Aku kompom la! Hohohoh!
Buat masa ni kebanyakan barangan kacak diorang berjenama Paul Smith. Bagi peminat barangan Paul Smith yang susah nak didapatkan dengan harga yang murah, korang boleh roger dua orang brader kacak ni, diorang akan setlekan untuk korang. Harga dijamin berpatutan dow. Tak caya korang tengok la kat Kodai Kacak ni.
Diorang ni boleh dipercayai. Tak perlu risau kalau diorang tak hantar barang yang korang dah tempah. Bagitau je kat aku. Nanti pandai-pandai la aku pancitkan tayar kereta diorang. Hohoho.. Sambung baca lagi dow »

Facebook semakin maju ke hadapan. Baru-baru ni aku ada upload segerombolan (betul ke ni) gambar masa gathering dekat The Gardens arituh. Boleh tahan banyak jugaklah, dalam 20 lebih gambar. Aku dah kecik-kecikan saiz fail gambar bukan saiz gambar haaa sebelum aku upload.
Sebelum nih, walaupun aku dah kecikkan, tapi still ambil masa yang lama jugak nak upload. Dalam lingkungan 5-10 minit jugak lah. Dulu kena jugak asing-asingkan gambar sebab tak boleh upload sekali banyak, takut failed. Sekarang ni Facebook dah tambah satu plugin untuk upload gambar dekat Facebook.
Tapi korang kena install dulu plugin diorang. Nak install tuh amik masa 30 saat je. Lepas tu korang terus upload je gambar sekali banyak. Aku try upload 20 lebih gambar haritu tak sampai seminit dah success. Bapak laju! Korang try la upload beratus gambar astu set masa. Muahaha!

Haishhh! Malu tak terhingga masa aku tengok gambaran atas ni. Ingatkan memang betul-betullah Tiz Zaqyah add aku kat Facebook. Wakakaka.. Agak-agak la diorang nih. Sampai nak menyamar jadi orang lain. Tapi takpelah, bagi memuaskan hati diorang aku approve jer lah kan.
Bagus sebenarnya kalau kita add Facebook diorang macam nih. Boleh perbesarkan network blog aku. Miahaha! Boleh menambahkan keviralan Facebook. Boleh ramai orang tahu kredibiliti aku sebagai seorang blogger bujang yang berjaya. Aummm!

Apa lah jadi kat dunia ni kalau seorang awek kencing berdiri? Hohoho.. Tapi aku percaya ada awek yang dah cuba untuk kencing berdiri. Mesti ada punyalah nak try benda-benda macam ni. Hohoho.. Kalau tak silap aku, dulu ada kilang yang keluarkan produk untuk memudahkan seorang awek kencing berdiri.
Maybe untuk keadaan yang tergesa-gesa kan. Kang tiba-tiba ada orang nampak, sape yang tengah mencangkung tu? Haha.. Tak ke malu diorang nanti. Tapi bagi orang Islam, benda-benda macam ni boleh buat kalau dalam keadaan keadaaan darurat sahaja ok. Sambung baca lagi dow »

Fullamak! Bapak seksi awek bikini yang disambut baik Joe Flizzow dalam gambar dekat atas. Kalau aku dapat pun akan ku sambut baik macam Joe Flizzow. Miahaha! Alahai, awek ni dengan Joe Flizzow memang la baik ye tak.
Semua ada. Duit belambak tak macam aku nih. Ada dua biji telor ayam dengan pisang je. Miahaha! Eh takde la, macam-macam lagi aku ada.Korang boleh tengok awek yang seksi berbikini dekat atas beraksi dalam video klip lagu Joe Flizzow. Do it, Duit!
Kalau nak tengok gambar lain, korang boleh tengok dekat MatKepoh.com jer.

Hari ni aku dengan Mario tiada di rumah, sebab akan bertandang ke Starbuck The Gardens untuk melepak bersama-sama top blogger di Malaysia. Tapi sudah semestinya blogger Project Alpha Nuffnang yang dah jatuh kredibilitinya tu takkan join sama sekali.
Macam-macam topik yang akan dibincangkan nanti. Harap-harap ramailah awek-awek blogger yang datang. Hohohoh.. Nanti aku akan update gambar and cerita sikit dekat blog aku ni. Kalau ada mana-mana blogger yang nak datang sekali dijemputkan hadir. Jangan malu jangan segan. Kami peramah orangnya. Wakaka!
Mana tahu nanti kitorang boleh ajar serba sedikit pasal blogging ni. Boleh ubah cara hidup korang jugak nanti. Hehehe.. Ayuh! Aku tunggu korang kat sana. Jam sekarang pukul 6 lebih dan aku perlu tidur beberapa jam sahaja dan mungkin bertolak pukul 10 nanti. Suwaikom!