Masa mula-mula aku dapat email ni dulu, aku ingatkan gambar Heliza AF5 dengan teman lelaki misteri. Haha.. Rupa-rupanya gambar akak dia daaaa.. Gambar di atas merupakan gambar akak Heliza AF5 dengan boyfriend dia semasa diorang bercuti dekat pulau kot. Cantik kan akak Heliza AF5? Macam model pulak aku tengok. Tapi menurut sumber iaitu si penghantar email, akak Heliza AF5 ni merupakan seorang stewardess atau dalam bahasa Melayunya pramugari. Alahaiii, yang kerja dekat airport pastu naik kapal terbang tu. Layan penumpang semua tu. Ntah2 korang pernah tersekali dalam satu plane kot dengan akak Heliza AF5 ni kot. Huhu!

Mesti korang puas hati ye tak kalau dapat awek macam ni kan? Korang la, aku biasa-biasa je. Hahaha.. Dengar cerita akak Heliza AF5 ni memang selalu pun bercuti dengan boyfriend dia. Selalu gak pergi laur negara, biasalah tu kan. Kalau tak silap aku, boyfriend dia ni pulot pilot jugak lah. So tak hairanlah masing-masing punya gaji kan. Ahah! Sendiri punya duit sendiri gunalah. Kalau akak Heliza AF5 ni bertudung mesti sama cantik dengan Heliza AF5 kan?


Mesti ramai yang terkejut dengan post kali ni kan sebab sepatutnya perempuan yang harus berada dalam gambar dekat atas ni mestilah Fasha Sandha. Tapi jangkaan itu semua meleset sebab ini merupakan gambar Qabil Ambak bersama seorang gadis yang berasal dari Filipina. Cantik wooo dia ni, kalah Fasha Sandha dah ni. Ada orang cakap yang perempuan ni merupakan girlfriend kepada Qabil Ambak dan merupakan bakal isteri kepada Qabil Ambak nanti.

Entahlah! Haha.. Aku pun dah pening nak cakap apa dekat korang ni. Sebelum ni Fasha Sandha beriya-iya cakap yang dia rapat dengan Qabil Ambak dan dia dah bagi clue sikit yang dia macam akan berkahwin dengan Qabil Ambak. Ahaha.. Tapi manalah tau kan kalau Qabil Ambak nak play safe atau dia memang nak kenakan Fasha Sandha. Sabar ye lah ya cik Fasha. Abang Rizal Ashram aka Jejai kan ada. Heeee..

Apa yang mengukuhkan lagi spekulasi Qabil Ambak dan gadis dari Filipina ni, perempuan ni pun ahli sukan equestrian juga. So diorang ni ada minat yang sama dan sudah tentu Qabil Ambak suka berbincang bab-bab kuda ni dengan dia. Nanti manelah tau dapat naik kuda atas katil pulak. Ehehe.. Dah kahwin nantilah kan. Qabil Ambak jugak mungkin sukar nak kahwin dengan gadis ni sebab dia ni rasanya bukan Islam. So manelah tau dia macam berat hati nak masuk Islam kan. Takut kena sunat ke ape ke. Ahahahha!

Apa-apa pun kita tunggu je lah statement terbaru daripada Fasha kalau dia berani nak bagitau sebab sebelum ni dia ada luahkan perasaan dia kat Myspace. Tak tahulah sebab apa dia luahkan kat situ dan tidak di Facebook. Mungkin Fasha Sandha tak tahu guna fungsi Note dekat dalam Facebook tu. Ehehe.. Lagipun luahan hati dia dekat dalam Myspace tu pun dia dah delete. Rasanya sebab Ally Iskandar ade menyampuk dalam tu sekali. Heeee..

P/S : Kisah artis kena H1N1, —> Klik Sini


Akhirnya bulan Ramadhan menjelma, nampaknya semua umat Islam dekat dunia ni akan mula berpuasa selama 30 hari sehingglah bulan Syawal kelak. Aku sangat-sangat berharap yang bulan puasa kali ni akan jadi lebih baik daripada bulan puasa tahun lepas. Aku akan cuba membaca Al-Quran setiap hari selepas sekian lama aku tak baca. Jadi sempena bulan Ramadhan aku akan cuba istiqamahkan diri untuk membaca Al-Quran. Dapat topup pahala sikit kan. Tak dapat banyak, sikit pun jadi lah. Hehehe..

Namun, aku tidak lagi membeli Al-Quran. Hehehe.. Padahal esok dah nak puasa dah. Aku akan cuba beli Al-Quran malam ni. Kalau tak sempat juga, aku akan beli esok la kan. Aku lagi prefer Al-Quran yang jenis lama tu yang takde garisan punya. Aku pun dah lupa jenis Al-Quran tu. Malaslah nak guna Al-Quran digital tu, mahal poit! Baik guna yang old school punya, baru layan maaaaa….

Dah alam jugak lah aku tak asah bakat aku dalam tajwid-tajwid ni. Hahaha.. Rasanya semua tu aku ingat lagi, insyaallah. Kalau kita baca Al-Quran ni betul tajwid dan hukumnya, lagi besar pahala kita dapat. Ni atok Ujang dekat kampung aku tinggal dengan arwah atok dan uwan aku. Atok Ujang ni ajar kitorang mengaji dekat surau dia sendiri. Oklah, aku nak minta maaf dekat semua orang yang pernah aku buat salah dan terasa dengan aku. Nanti hari raya nanti aku minta maaf lagi. Hehehe.. Callo beteyh!


Sabar-sabar! Relax la dow. Ini bukan gambar kontroversi walaupun terang-terangan dekat lengan Brian suami kepada Nana Era FM ni ada tatu. Actually tatu ni dah lama dah sebab sebelum Brian ni kahwin dengan Nana, dia bukan muslim. So bila dia nak kahwin dengan Nana, Brian convert kepada seorang muslim. Jadi tatu tu kekallah di situ. Kalau nak hilangkan tu sakit jugak. Biarlah Brian yang tentukan sendiri. Ade bran ke Brian? Hehehe..


Fullamak!! Gambar ni memang clear habislah. Memang jelas sekali yang dua insan yang berada dalam kesemua gambar ini adalah si Fasha Sandha dan romeonya iaitu Rizal Ashram. Haritu cerita pasal diorang, harini pasal diorang lagi. Dah boleh buat album dah ni. Hahaha.. Apa-apa pun pasangan Fasha Sandha dan Rizal Ashram kelihatan begitu mesra bersama. Mesti dah banyak benda dah dilakukan sampai terbit rona-rona kebahagiaan pada muka diorang ni. Harap-harap kau kawinlah dengan Rizal Ashram ni Fasha oiiii.

Jangan kau buat hal lagi sudeyh. Lepas sorang, sorang yang kau cairkan pastu kau hampas kan diorang. Haha.. Memang ramai dah kena gossip dengan Fasha ni sampai lelaki tu naik syeihk la kan. Wakaka.. Tapi kan, hukum karma babe. Kalau kau dah rampas laki orang, mesti kau pun kena macam tu nanti. Hehehe.. Aku tak doakan macam tu, tapi ni menurut pengalaman dan tips daripada orang ramai. Ahaha!

Event apalah yang diorang ni buat kan. Ni hari aman sedunia untuk diorang ke? Atau hari burung merpati atau hari diorang mengaku kalah. Ohoho.. Tapi mungkin juga hari jadi Rizal sebab nampak ada kek tu. Nanti kena tanya kepada pengirim gambar ni.


Selamat pengantin baru aku ucapkan kepada pasangan kontroversi yang tersangatlah bahagia waktu ini iaitu Akhil Hayy dan Waheeda. Tersenyum lebar diorang berdua ni selepas diijabkabulkan dan sah menjadi sepasang suami isteri mengikuti hukum Islam. Jom kita tengok gambar-gambar perkahwinan Akhil Hayy dan Waheeda terlebih dahulu. Aku taknak spoil mood post gambar perkahwinan ni. Hehehe.. Nanti baru kita cerita panjang lebar. Tataplah muka Waheeda dan Akhil Hayy tersenyum lebar puas-puas.