Oh! Tidak ipah, kenapa ipah curang dengan i. Sampai hati ipah buat Richie macam ni. Hihihih.. Takpelah Gavin, kau couple la dengan Sharifah Amani ni. Maybe sudah suratan takdir yang aku tak mampu lagi jadi teman lelaki Sharifah Amani. Gavin Stenhouse memang sangat bertuah sebab berjaya menawan hati Sharifah Amani. Mungkin sebelum ini ada jugak orang berkata-kata di warung Jalan Bangsar bahawa Sharifah Amani ni jatuh hati dengan Que Haidar satu ketika dulu. Tetapi lepas Que Haidar kantoi dan kahwin dengan Linda Jasmine maka semakin senyap sunyi lah warung Jalan Bangsar tu dengan nama Sharifah Amani. Ahah!

Sharifah Amani telah jatuh cinta dengan Gavin yang berbangsa Scotland campur sikit dengan Wales. Dia cakap yang Gavin ni peramah, baik, sopan santun dan sudi belajar adat orang Malaysia ni. Gavin pun sebenarnya berlakon, dia dapat watak Putera Roman dalam filem keluaran KRU. Bulan ni dah berapa kali kau puasa Gavin? Ahaha.. Menurut sumber, Gavin dah pun menempah baju Melayu untuk menyambut Syawal mendatang. Harap-harap nanti jadi muallaf lah kau ya Gavin. Amiiinn..


Biasa biasa biasa.. Remaja kalau dah kemaruk cinta memang payah nak kawal nafsu ni. Hehe.. Aliff Aziz penyanyi pujaan ramai makcik-makcikĀ  turut tak terlepas daripada dugaan ni. Dia tak boleh tahan sampai dia mencium seorang perempuan yang berbulu lebat tangannya. Mungkinkah awek dia? Aku rasa mungkin. Tapi baru-baru ni Aliff Aziz mengakui kesilapan dia mencium awek ni dengan selambanya. Aku rasa kemungkinan kecil dia tak akan ulangi kesilapan dia ni. Maun jatuh sales lagu-lagu dia nanti. Ahahaha! Tak tahu plak aku Aliff Aziz ni sukakan perempuan yang berbulu, mungkin romantik katanya. Selalunya perempuan yang suka lelaki berbulu dada. Haha! Betapa angkuhnya kawan-kawan aku yang ada bulu dada yang lebat. Mereka masih menganggap mitos ini sememangnya benar.


Ahaha.. Penyerang gosip yang diserang gosip. Selalunya Michelle ni yang akan serang artis-artis yang tengah sibuk dicerita orang ramai sebab gosip-gosip terbaru dalam rancangan dalam TV3 yang diketahui ramai iaitu Melodi. Kalau abang Nas buat terjah ni nanti, boleh ke nak terjah si Michelle Wee ni dengan teman lelaki @ boyfriend terbaru dia yang merupakan seorang pengacara rancangan TV3 juga iaitu Remaja. (Takbleh buat sound Remaja). Hehehe..

Ramai orang cakap yang Michelle Melodi ni sanggup memeluk agama Islam demiĀ  cintanya terhadap teman lelakinya, Deqwan Remaja atau nama sebenarnya Tengku Naharuddin. Tapi Deqwan bukanlah satu-satunya teman lelaki berbangsa Melayu yang Michelle Melodi pernah ada kerana sebelum ni orang cakap teman lelaki dia pun orang Melayu jugak. Hopefully yang kali ni kekal lah ya Michelle and Deqwan. Kalau tak aku suruh abang Nas terjah kau Michelle. Hehehe.. Good Luck! Korang tengoklah gambar kemesraan Michelle Melodi dengan teman lelaki barunya Deqwan Remaja.


Alohaaaa! Hari nie aku nak kuliah sikit dekat korang benda-benda internet ni. Bukan main tenet atau bertenet ok. Itu semua perkara yang mungkar di bulan puasa. Owh masa tak puasa pun mungkar jugak la dow! Korang tahu tak macam mana nak beli domain dan hosting? Dua benda ni merupakan antara perkara yang asas sekali sebelum ada orang ucap tahniah dekat kau sebab kau dah berjaya buat website ataupun blog dengan kudrat dan otak sendiri. Haha!

Sebenarnya takdelah susah nak buat website ni. Cuma masa permulaan tu memang kekok la sikit dengan benda-benda hosting dan Cpanel semua tu. Bila dah biasa nanti semuanya jadi senang je. Trust me bebeyh! Orang yang dah berusia pun boleh buat semua ni. Tak susah! Tak susah! Apa yang penting korang kena mulakan langkah pertama dengan membeli domain dan hosting. Jadi harini aku nak ajar korang macam mana proses pembelian tu dan apa yang harus difikirkan sebelum membeli domain dan hosting.

Domain ni kalau dekat internet, kalau korang nak berniaga dah kira macam nama kedai korang dah. So kadang-kadang ada orang beli domain ni sebab nak mencerminkan perniagaan ataupun nama syarikat dia. Setiap orang beli domain dengan tujuan dan sebab-sebab yang berbeza. Bukan sekadar nama je jugak. Ada faktor yang boleh mempengaruhi cara orang beli domain ni.

Hosting ni pulak macam kedai korang. Kalau korang nak berniaga mesti simpan semua barang-barang dalam kedai kan. Bila dah ada nama kedai, mestilah kena ada kedainya kan? Ehehehe.. So bagi yang nak buat website, blog atau apa-apa jua site sekali pun, nanti semua gambar-gambar, file dan barang-barang yang diperlukan untuk bina website tu akan disimpan di dalam hosting ni.

Korang boleh beli domain dan hosting daripada mana-mana company yang boleh dipercayai dan mantap daripada segi support untuk domain dan hosting ni. Aku menggalakkan korang beli daripada company yang selalu disebut-sebut oleh orang ramai terutamanya blogger-blogger hebat yang dah arif pasal penggunaan domain dan hosting ni. Jangan pulak korang beli daripada company tu jika company tu memang menaja domain dan hosting blogger tersebut.

Korang boleh beli domain dan hosting secara berasingan, tetapi jika sebelum ni korang tak pernah ada domain dan hosting, aku sarankan korang beli serentak. Bila korang dah pilih domain dan pakej hosting yang menarik perhatian mata korang, korang akan update shopping cart company tersebut dan checkout untuk buat pembayaran. Diorang akan bawa korang pergi ke satu halaman invois di mana segala kos dan cara pembayaran akan dinyatakan di situ. Company tu jugak akan email korang salinan maklumat invois tersebut kepada korang.

Kemudian korang boleh buat pembayaran secara online mahupun offline. Online melalui perbankan internet dan transfer ke dalam akaun bank company tersebut. Kalau offline macam biasalah, korang kena terkedek-kedek pergi bank untuk deposit ke dalam akaun bank company tersebut. Jangan lupa untuk simpan resit deposit sebab korang perlu scan ke dalam komputer atau laptop korang dan emailkan kepada company tersebut maklumat pembayaran korang. Kalau guna perbankan online, korang just amik screenshot ataupun copy paste details pembayaran tu je.

Company yang aku syorkan :


Sape tak kenal dengan awek ni, Tiz Zaqyah. Tapi aku selalu panggil dia Nur. Wahahaha! Nama dia tengah up sekarang sebab dia jadi heroin cerita Nur Kasih. Layan cerita ni dow! Aku tengok semua episod dia kot, takde miss satu pun. Haha! Nak kahwin cepat lah katakan. Sebab tu kena tengok layan habis-habisan. Bagai yang disangka semua orang, kehidpuan sosial Tiz Zaqyah tidaklah seperti yang digambarkan macam drama Nur Kasih tu.

Nak kata jauh beza tak jugak sebab mungkindia akan menjadi insan yang lebih baik pada hari mendatang. Yelah, setiap orang berhak untuk menjadi yang lebih baik, bukan lebih buruk! Cuba tengok gambar dekat atas ni. Tiz Zaqyah punya teman lelaki yang mana satu? Yang mana satu lebih layak menjadi teman lelaki Tiz Zaqyah. Huhuhu.. Aku kenal jugak dengan teman lelaki dia ni, selalu jugak main snooker dengan dia masa aku study dekat Unitar dulu. Sape menang tu jangan tanyalah ya. Muahaha! Korang pandai-pandailah teka ye. Jeng3!


Akhirnya pasangan kembar kepada Ekin isteri Mawi iaitu Aenn akan berkahwin tak lama lagi. Desas-desus mengatakan bahawa Aenn akan berkahwin dengan seorang ahli perniagaan berjaya yang juga merupakan seorang duda. Wow! Aenn akan dapat seorang suami yang telah pun berpengalaman dalam perkahwinan dan malam pertama. Ehehehe.. So Aenn tak perlulah bersusah payah untuk berhadapan dengan dua-dua perkara tu nanti iaitu perkahwinan dan malam pertama. Aku rasa nanti bakal suami dia akan ajar dan guide terlebih dahulu. Hihihihi..

Cuba tengok dekat gambar atas tu. Betul ke Aenn ni sukakan bakal suami yang berjambang macam George Michael. Pakai glasses macam Clark Kent dan juga berambut panjang macam Rody Kristal. Hohoho! Tapi mungkin ciri-ciri tersebut membuatkan Aenn terasa inilah pasangan yang sesuai untuk jaga dia sampai ke akhir hayat. Tak nak lah kawin keja-kejap saja kan. Hehe.. Korang rasa Mawi ada kaitan tak dengan bakal suami Aenn ni? Hehehe..