Dah berzaman main bola akhirnya kahwin jugak mamat nih. Khalid Jamlus ni striker team bola sepak Kelantan. Adakah Kelantan menang 2-0 dengan Perlis haritu disebabkan Khalid Jamlus yang terlalu happy lepas malam pertama dia. Malam pertama ? :P   Papehal pun tahniah aku ucapkan dekat Khalid Jamlus and isteri dia, Zarina Zainal yang merupakan anak kepada Dato Z.

Nampaknya Khalid Jamlus dah maju setapak ke hadapan daripada aku. Status dekat Facebook dia pun dah bertukar agaknya. Gilo apo kalau dah kahwin tapi status kat Facebook still single. Memang makan kasut tumit tinggi la jawabnya kan ? Muahaha.. Mintak-mintak diorang ni selalu la berjunub di malam hari. Manalah tau kan kalau Negeri Sembilan lawan Kelantan masa final nanti, Khalid Jamlus pancit la sikit kan ? Ahah!

P/S: Hobin jang hobin


—-

Alooohaaaa hawaiiee!! Haaa tak percaya ke aku antara lelaki hot yang bernama “Ridzuan” ? Hehehe.. Tengok la dekat atas tu. Aku baru try hari tu saje-saje nak test ada tak pakcik Google suggest nama aku kalau ada sesiapa yang menaip nama “Ridzuan” dekat Google search tu. Google akan suggest korang  search certain perkataan tu kalau perkataan tu selalu ditaip orang dekat Google Search. Korang paham ke tak nih ? Haha.. Aku rasa aku dah sampaikan sesimple mungkin.

Nampaknya aku jauh ketinggalan dekat dalam carta lelaki hot ni. Muahaha! Pesaing-pesaing aku adalah “Ridzuan Hashim” dan “Ridzuan Ramli” . Ridzuan Ramli merupakan seorang model and wedding photographer. Ridzuan Hashim pulak  artis Malaysia lah, ala yang berlakon Spa Q tu, botak-botak tu. Ridzuan condo and apartment memang famous la kan sebab tu rumah. Ramai orang cari pasal Ridzuan condo ni sebab nak sewa rumah. Kalau tak silap aku Taylors College ade letak budak-budak diorang dekat Ridzuan condo ni.

P/S : Korang try la cari nama korang sendiri pulak

—-

—-


Aku dah boring gila sampai aktiviti pemakanan seimbang harian aku pun aku nak kongsi dengan korang. Daym! Bila perut lapar agak susah hati bila bukak fridge dekat rumah ni takde pape yang boleh dijadikan makanan tengah hari melainkan aku masak sendiri. Nak masak tu amik masa gak la kan. Nak fikir nak masak ke tak pun amik masa jugak la. Hohoho! Melangok memang mengambil masa yang sungguh lama!

Alangkah senangnya hati kalau ada orang masakkan breakfast, lunch and dinner aku. Kalau siap lagi tu memang extra superb dow! Mane nak cari servis camtu haaa? Aku rasa escort girl pun tak tahu pun camne nak masak pun. Diorang tahu nak MERATAH ORANG and MERATAH DUIT ORANG je ye tak. Kasihanilah bagi sesiapa yang kerap melanggan escort girl ni. Hahah! Kembalilah ke jalan yang lurus..

Berbalik kepada aktiviti pemakanan seimbang aku. Kalau aku tak masak, aku makan roti dengan kaya je. Hot dog ade tapi malas nak masak tu. Hahaha! Tapi kalau aku mengidam benar dan kepingin nak makan yang best-best, aku makanlah dekat clubhouse dekat area tempat tinggal aku nih. Dia punya makanan semuanya memang terbaik dow. Memang sedap tahap-tahap korang makan kat hotel gak ar. Bila makan dekat hotel pun kadang-kadang tak boleh blah jugak kan. Rasa macam ……. Err tak tahu nak cakap macam mane. Hohohohoh!

Semalam aku makan Kuew Teow Cantonese yang dah kerap kali aku order dekat sini. Memang mengancam! Kalau korang rasa macam korang tengah menjamah Megan Fox! Aku hirup kuah dia sampai habis licin kot. Aku hirup haaaa bukan jilat haaaaaa  :P   Tengok warna kuew teow yang dah masak macam goreng-goreng sikit ni pun dah tau sodap gilo! Kuew teow ni dia kena hangus-hangus macam ni sikit baru sedap. Kalau masak style cantonese la kan. Budak-budak kulinari yang cakap, aku pun tak tahu betul ke tidak. Hohohohoh…

Coleslaw yang mengalahkan coleslow KFC! Telor/telur/xxxxx yang dah takde rupa telor!

Fresh orange meleleh dow

P/S : Semua pemakanan seimbang yang aku makan tu berpatutan, RM11.30 je  :P


Ampun tuanku beribu-ribu ampun. Sombah patik harap diampun. Harap diporkonankan artikel patik yang pacal ini buek tatapan rakyat jelato Malaysia mahupun dunio. Takpo kan ? Kot ado omputih nak baco artikel ni pun takpo do. Diorang takdo paham bonar do bahaso kito ni haaa.. Diharap-diharapkan tuanku dapek mengaman damai an bumi Negeri Sembilan ni. Adat memang patut dijago tapi pembangunan dan kemajuan pun jangan dilupo. Ponting tu pembangunan tompek kito ni. Barula nampak ekselen eyh nogogri kito ni. Biar ramai sikit haa omputih cun-cun datang. Awek-awek KL pun boleh yo nak datang lepak Somban nanti. Hehehe..

Mampuihla apo orang nak cakap kot tak paham baco apo den taip an ni kan. Ni blog den! Den memang nak taip dalam bahaso nogori den sompono portabalan Tuanku Mukhriz tu haaa. Dah lamo dah dicalon eh last-last eyh tortabal gak tuanku. Bolehla sumo anak perut, buapak, ketua kampung, luak undang dan sobagai eh tido malam dongan nyonyak eyh. Kot nyamuk gigit pun tak sodar gak eyh. Hidup Tuanku Mukhriz!

P/S : Hobin jang hobin! Esok tengok bola N9 vs Tgganu!

Geng-Geng Misai Lebat :P

Tuanku Mukhriz kiri sekali


Chaq Chaq Chaq yang tak berlakon dalam drama Cak Cak Cak dekat Astri Ria tu. Kurus gila mamat nih, dada kerengpeng. Ni kalau kena pukul dengan orang ni tak tahulah macam mana dia nak tahan. Muahaha! Artikel kali ni hanyalah untuk tatapan peminat-peminat Chaq Mentor yang sangat setia walaupun Chaq ni taklah jadi juara program realiti TV Mentor. So harap-harap peminat Chaq Mentor bolehlah tengok gambar ni sebelum nak tidur ke nak mandi ke nak buang air ke. Boleh cari ilhamlah kononnya.  :P


Haha! Aku tahu badan macam ni mesti menjadi pujaan setiap insan yang ada belalai dekat depan. Ohoho! Mungkin korang ade perasan muka brader ni. Sekarang pun muka dia selalu sangat kuar dekat drama Tari Tirana tu. Aku tak tahu apa nama watak dia dalam cerita tu tapi dia ni watak utama la kan. Bukan ape, aku tak layan sangat la shuffle2 ni, tektonik ke, teranik ke, kotetek ke. Aku pun tak tahu kenapa aku tak berminat, korang rasa? Muahaha. Kalau nak beriadah aku prefer bersukan la. Bukan menari-nari ni. Tarian aku mahal! So mane boleh selalu tunjuk2 kat orang ramai kan.  :P

Aku rasa korang pun mesti ada perasan muka brader ni dekat mana-mana magazine dan iklan komersial dekat TV tuh. Nama dia ni Ammar Alfian Aziz. Dia ni bertambah terkenal dekat masyarakat Malaysia lepas heboh gambar kontroversi dia mandi kolam dan kiss bekas kekasih aku Puteri Sarah Liyana yang kini kekasih Ammar Alfian Aziz ni. Ohohoho! Kemudian ada orang jumpa gambar dia tengah pose untuk iklan magazine mana ntah yang agak-agak bogel jugaklah.

Aku ada jumpa satu blog yang backup Ammar Alfian Aziz ni. Cuba baca -> Ammar Alfian VS Richie

Rupa-rupanya Ammar Alfian dah lama glamour dalam bidang modelling ni. Tapi dia lagi terkenal dekat peringkat antarabangsa. Baru-baru ni je dalam setahun dua dia balik dekat Malaysia nak cuba cari rezeki kat sini. Dia pernah masuk Hero Remaja tapi tak dapat masuk final sebab Hero Remaja bukan setakat nak badan sedap and hensem je. Tapi doa sembahyang pun diorang tasmiq. Jangan terkejut! Tak percaya pergilah try masuk bagi sang lelaki. Haha!

Ammar Alfian Aziz ni memang ade bakat kan dalam modelling? Aku tanya korang nih. Haha.. Harap-harap lepas ni takdelah kontroversi pasal dia ni. Bakat kena guna sebaik-baiknya ye tak. Tapi cara orang Islam dengan agama lain memanglah lain kan. Masing-masing dah tahu yang mana harus diikutkan. Peace ya au au!

P/S : Setiap insan berhak berubah ke arah lebih baik :)