Apa beza Jomla dengan Joomla ? Selalunya Jomla digunakan bila ada seseorang individu mempelawa atau mengajak individu yang lain dalam bentuk kata-kata. TETAPI Joomla merupakan sebuah sistem pengurusan kandungan sumber terbuka yang diedarkan secara percuma. Selalunya orang akan menggunakan Joomla untuk membina website portal ataupun forum yang menarik. Mungkin ramai yang menggunakan WordPress, tetapi ramai juga yang tidak tahu kelebihan dan kehebatan konfigurasi Joomla!
Semakin lama, semakin ramai yang menggunakan Joomla kerana pengendali Joomla sentiasa berusaha untuk memantapkan pengguanaan Joomla ke tahap maksimum! Joomla sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik dan membantu para pengguna internet dan usahawan internet yang menggunakan Joomla akan mendapatkan kepuasan dengan penghasilan website yang bermutu tinggi dan juga memuaskan hati para pelanggan mereka. Zaman sekarang ini jika ada prospek melihat sebuah website seperti Joomla yang bermutu tinggi, mereka akan lebih yakin untuk mendapatkan perkhidmatan syarikat yang juga empunya website berasaskan Joomla tersebut.








