
Aku tahu ramai di antara kita yang menggunakan Facebook sebagai laman yang menemukan kita dengan mana-mana kenalan untuk berhubung. Sesuai untuk kawan yang sudah sedia ada atau untuk mencari kawan baru. Hoho.. Dan tidak lupa juga kepada yang masih membujang sampai sekarang, Facebook adalah salah sebuah laman sosial yang mempunyai ramai awek untuk ditackle sebagai penyeri hidup masing-masing kelak. Ahahaha.. Dah! Cukup-cukup.. Masa untuk aku serius dengan post aku ni..
Sambung baca lagi dow »

Aku dari dulu lagi tak puas hati kalau masa aku nak masak telor goreng. Sebab hasil selepas proses aku memasak, keadaan telor tu tak seperti yang aku nak. Telor tu mesti kadang-kadang sedikit hangus dan ada juga yang bersepah-sepah bentuknya. Tak lawa macam ibu aku masak untuk aku. Hohoho.. Aku tengok ibu aku masak senang je, menjadi je telor tu. Clean je bentuknya, ala-ala macam makan dekat hotel lah telor goreng tu. Aku pun tak pasti macam mana step by step nak memasak telor goreng yang mengiurkan bentuknya. Haha! Gambar-gambar yang aku tunjukkan dalam post ni aku ambil masa aku masak pagi semalam. Tak tahan sangat dengan kelaparan yang melanda, memandangkan ibu aku tengah kerja, jadi aku pun memasaklah. Haha..
Sambung baca lagi dow »

Memang sakit hati betul bila cinta yang memang kita harapkan dianiaya dan tak menjadi. Sedih aku masa tu tak terkata dan tak boleh aku gambarkan macam mana kekecewaan aku masa tu. Aku mula menemui cinta aku ni masa sekitar tahun 2007. Apa orang kata, memang cinta pandang pertama lah. Masa tu aku masih lagi menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Jalan Semarak , Kuala Lumpur. Tapi sekarang aku dah tak study dekat situ lagi dah. Masa first impression aku terhadap cinta aku ketika tu, memang lain macam. Memang luar biasa tak terkata. Yelahkan, cinta ni memang hebat. Siapa yang pernah kena memang ‘terpana’ dan akan terus berangan-angan tinggi ke langit.
Sambung baca lagi dow »

Menarik tak title post aku kali ni? Hoho.. Kalau tak menarik sorry la. Tapi kali ni memang aku nak cakap sikit mengenai kelebihan SEO. SEO adalah nama famousnya tapi nama panjangnya adalah Search Engine Optimization. Korang tahu kan search engine/enjin carian seperti pakcik Google, Yahoo, MSN, Lycos dan macam-macam lagi. Jadi SEO ini bermaksud lebih kepada mesra enjin carian. Tuntasnya (dah lama tak pakai perkataan ni), jikalau blog korang ni mesra enjin carian maka korang memang akan mendapat sejumlah trafik yang agak tinggi daripada carian-carian manusia di seluruh dunia ni yang menggunakan mana-mana search engine. Pakar-pakar blogging cakap trafik yang datang ni adalah organic traffic. Yela kan, semula jadi. Kita tak paksa siapa-siapa datang pun dekat blog kita, tapi diorang datang disebabkan content yang ada dekat blog kita ni bertepatan dengan maklumat yang diorang mereka cari seperti Linda Jasmin,Linda Jasmine,gambar seksi linda jasmine,linda jasmin nak berkahwin dan sebagainya. Baca lagi, jangan berhenti. Sambung baca lagi dow »

Owh! Nampaknya Rich abang aku daripada band Estranged dah kahwin dah. Hoho.. Akhirnya dia kahwin jugak dengan Velvet yang dia dah lama usyar dekat Akademi Fantasia dulu. Rupanya macam ni eh taste dia. Ahaks. Kawan-kawan aku ada gelaran yang tertentu untuk gadis macam Velvet ni. Nak tau ke gelaran tu? Korang agak-agak sendiri sudahlah. Bukan penting sangat pun kan? Hmm.. Ada yang tanya dekat aku, ” Rich Estranged dah kahwin dah. Kau bila lagi Richie? ” Hahaha.. Aku tergamam seketika bila ada orang tanya aku macam tu. Dalam hati ni ada jugak persaan nak kahwin yang menebal. Hohoho.. Tapi nak buat macam mana, kerja pun tak lagi. Duit simpanan tu lagi lah. Hanya sekadar untuk beli ebook-ebook yang bermutu je. So tahun 2009 nanti kenalah kerja keras sikit. Ok lah geng. Jom tengok gambar-gambar perkahwinan Rich dan Velvet.
Sambung baca lagi dow »

Kalau korang ni seorang yang peka dan sensitif terhadap masa depan korang, mesti korang akan terfikir dengan hal ini. Buat masa ni aku sudah arif dengan penampilan dan identiti seorang pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang normal kerana aku juga masih lagi seorang pelajar IPT. Setiap pelajar IPT memerlukan wang untuk menyambung pelajaran masing-masing ke peringkat ini dan jelas sekali nilai wang tu memang tinggi. Ada yang sampai RM45,000 hanya untuk diploma! Bagi yang sedang menuntut di UITM, sedarlah bahawa korang merupakan salah seorang yang beruntung kerana yuran dekat UITM boleh dikatakan murah seyhhh. Ada tiga dana yang dapat membantu seorang pelajar IPT untuk melanjutkan pelajaran masing-masing :
- Pinjaman dari PTPTN/MARA/BANK
- Biasiswa / Scholarship
- Pihak PAMA ( Papa N Mama )
Sambung baca lagi dow »