Ada macam-macam cara nak buat duit dengan blog. Tidak semestinya blog peribadi korang saja yang perlu difokuskan untuk hasilkan pendapatan. Dunia blog ni sebenarnya lebih luas daripada apa yang korang jangkakan.

Ianya terlalu besar sehinggakan Google sendiri memerlukan blog-blog untuk kekalkan perniagaan diorang sekarang ni. Kalau korang sudah ada blog peribadi tu memang bagus, tahniah aku ucapkan.

Tapi cuba korang besarkan lagi jaringan blog-blog yang korang miliki. Cuba hasilkan blog-blog yang mempunyai niche tersendiri. Contohnya blog niche kesihatan. Yeah! Health blog rocks! Sambung baca lagi baiiii »


masjid taman paroi jaya

Aku rasa dah 2-3 kali aku miss khutbah jumaat tapi rezeki harini sempat dan banyak masa nak dengar khutbah Masjid Taman Paroi Jaya ni. Sangkaan aku ingatkan ramailah budak SBP singgah solat jumaat dekat sini, takde pulak maybe dah balik tempat masing-masing kot.

Khutbah hari ni pasal pengaruh kaum Yahudi terhadap umat Islam di dunia ni. Nampaknya pengisian khutbah kali ni macam dengar lecture dekat college. Yahudi menggunakan 5F untuk mempengaruhi umat Islam.

Filem, Family, Fun, Food and lagi satu aku dah tak ingat. Maafkan hamba yang lemah lagi hina ni ya. Hehehe.. Ada jugaklah sebut pasal filem dekat Malaysia sekarang yang menunjuk-nunjuk pergaulan bebas dan sebagainya. Sambung baca lagi baiiii »


htc desire s

Aku merupakan salah seorang daripada 10 blogger bertuah yang dipilih Maxis untuk review HTC Desire S dalam tempoh 2 minggu. Jadi aku telah review dengan cara aku sendiri dan bukan sepertimana blogger tech yang lain.

Aku rasa review tu biarlah pada pandangan korang sendiri, tak perlulah nak mengikut kriteria blogger-blogger tech tu. Sebab pengguna bukan semuanya gila gadget dan nak tahu terperinci sangat-sangat.

Ada ramai golongan yang sukakan smartphone ni dan diorang kadang takdelah nak tahu spesifikasi lengkap yang ada dalam smartphone. Diorang cuma nak tahu kelebihan dan keseronokan yang diorang boleh dapat bila diorang beli dan memiliki smartphone macam HTC Desire S ni. Sambung baca lagi baiiii »


plus one

Akhirnya Google berjaya mencipta teknologi baru yang bakal menggoyangkan Facebook. Facebook lena dibuai mimpi dengan keseksian Like diorang dan kini bakal tampil memberahikan dengan Google +1 (Plus One) button.

Apabila sudah dilancarkan seglobalnya kelak, korang boleh klik button +1 pada  result yang korang jumpa dalam enjin carian, sama seperti korang tekan Like pada newsfeed Facebook korang. Sambung baca lagi baiiii »


hutan negara pahang

Artikel daripada blog Rohaizad memang banyak membuka mata aku tentang isu-isu luar daripada dunia internet. Kali ni mengenai kesedaran seorang lelaki yang bukan warganegara Malaysia, rakyat Australia mungkin terhadap keharmonian negara Malaysia.

Setelah aku amati betul-betul apa yang dia bebelkan, memang masuk akal jua. Aku menyokong pendapat dia mengenai isu projek Lynas dekat Pahang tu. Apa yang Malaysia dapat? Selain daripada projek, duit dan peluang pekerjaan?

Sambung baca lagi baiiii »


priest

Semalam aku menonton filem Priest walaupun agak lewat setelah filem ni dah berminggu berada di pawagam. Nak buat macam mana, busy buat kerja. Sememangnya aku harapkan banyak aksi dalam Priest ni dan aku nak tengok lakonan salah seorang aktor filem Legion satu ketika dulu.

Filem Priest ni menceritakan mengenai sekumpulan Paderi yang terlatih untuk menjaga keamanan sejagat rakyat kerajaan dalam cerita ni. Selepas peperangan demi peperangan, manusia sudah bebas daripada ancaman pontianak sebab manusia sudah tinggal di sebalik tembok besar kerajaan.

Jadi para paderi terlatih juga dilucutkan jawatan sebagai pegawai penting kerajaan sebab takut dengan kebolehan yang mereka ada, mereka akan merampas kerajaan. Sambung baca lagi baiiii »