Perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim dengan Saiful nampaknya masih lagi belum selesai. tak tahulah sampai bila agaknya baru nak selesai. Siapa budak-budak law kat sini? Aku nak tanya sikit apsal kes ni mengambil masa yang lama sangat nak selesai. Aku rasa kalau korang budak law mesti boleh jawab kan.

Aku pun tak tahu siapa yang sebenarnya betul. Entahlah. Aku bukan siapa nak cakap-cakap pasal isu berprofil tinggi ni. Aku ni rakyat biasa je yang kurang mengomel pasal dunia politik. Apa yang pasti, aku harap Malaysia ni aman dan harmoni.

Nanti sama-sama kita saksikan bagaimana kesudahannya kes liwat Anwar Ibrahim ni. Moga-moga pihak yang benar dapat menang kes. Kalau tak menang dekat sini pun takpe, yang pasti dekat akhirat nanti kita semua dapa tahu. Hohoho.. Moga Malaysia terus aman damai tak ganggu kitorang layan buat duit online. Amiiiinn. Sambung baca lagi dow »


Aku tak pernah lagi buat post and cakap pasal traffic blog aku ni. Jadi ini adalah kali pertama. Hohoho.. Untuk bulan January lepas, sebanyak 37,169 unique visitor meningkat sikit daripada December lepas. Tapi bilangan page view 153,166 berkurang sikit je. Bilangan new visits sebanyak 66.64% juga satu berita menggembirakan. Setiap bulan ada je orang baru masuk. Hehehe..

Kenapa new visits peratusannya tinggi? Sebab traffic blog aku lebih daripada 50% datangnya daripada search engine. Diorang type apa yang diorang nakc ari kemudian terjumpa blog aku. Syabas kerana jumpa blog aku! Hohoho.. Aku ni bukanlah pakar sangat pun dalam blogging. Berbangga jugakla dengan pencapaian yang meingkat setiap bulan kan. Hehehe.. Sambung baca lagi dow »


Jika korang semua ada email, bagaimana prestasi akaun email korang? Hahaha.. Akaun email pun ada prestasi ye tak. Bagi aku ada. Walaupun  sekarang ni semakin banyak company yang memberi perkhidmatan akaun email percuma ni tapi tak semuanya bagus. Sebab sebenarnya diorang memang buat untung besar walaupun kita register percuma saja.

Walaupun percuma, company tu kena jugak jaga kepentingan pengguna dan diorang kena sediakan banyak features yang berguna dan memudahkan kita sebagai pengguna. Aku ada 3 akaun email. Gmail, Hotmail dan Ymail. Tapi yang paling aku kerap guna hanyalah Gmail dan Hotmail. Sambung baca lagi dow »


Inilah muka aku masa dulu kala. Hohoho.. Nampak sangat keremajaan ya tak? Agak merindui keadaan ni sekarang nih. Hahaha.. Tak perlu korang teka kenapa. Setiap individu ada isu yang perlu diahadapi. Hoho.. Dulu aku pernah bertindik, dan aku agak menyesal jugaklah. Sebagai seorang Muslim, tidak seharusnya aku bertindik.

Biasalah kalau dah darah remaja tu, macam-macam nak buat. Itulah inilah semata-mata nak mendapat perhatian. Pengakuan di situ. Miahaha! Tapi aku tak nafikan masa tu memang banyak perhatian yang aku dapat. Muahaha! Aku bertindik sejak lepas PMR sampailah aku tamat Foundation Business Admin. Agak lama jugaklah kan. Bagi aku bertindik tu memanglah cool tapi sesuatu yang dilarang agama. Sambung baca lagi dow »


Tahniah aku ucapkan kepada Datuk Chef Wan diatas gelaran yang diterimanya. Dia memang sewajarnya menerima gelaran tu sejak sekian lama. Tak tahu kenapa lambat sangat, maybe sibuk nak bagi gelaran datuk dekat ahli sukan yang dapat kejayaaan sekali dua berbanding Chef Wan. Chef Wan dah banyak kali terima pelawaan gelaran Datuk, tapi ditolak sebab belum bersedia. Maybe ramai sangat dapat gelaran Datuk masa tu kot.

Dari aku kecik lagi Chef Wan dah terkenal dengan mulut petah dia masa rancangan memasak dekat TV. Dah macam-macam brand produk makanan yang sponsor dia untuk buat show. Bermacam-macam jenis orang dah rasa masakan Datuk Chef Wan. Gelaran selebriti chef paling terkenal dekat dunia merupakan gelaran yang boleh mengharumkan nama Malaysia jugak. (Aku tepuk tangan sendirian) Sambung baca lagi dow »


Kelmarin punya gathering memang layan. Walaupun tak seramai mana tapi banyak benda baru yang kitorang dah explore and share bersama-sama. Fuhhhh! Memang aku terasa aku lah otak yang paling lembab sekali dekat situ. Wakaka! Aku dengan Mario datang boleh tahan awal, tapi kitorang lepak dekat outlet lain dulu sambil tengok brader Qiilans yang berdiri sepanjang masa depan Starbucks. Wahahah!

Lepas Aman, Paeh and MK sampai, barulah kitorang start lepak bersama dekat venue lepak kitorang. Borak punya borak, bro Kay dan isteri, Kak Mun sampai. Masa ni lagi bertambah benda baru masuk dalam kepala terutama sekali pasal CDN yang boleh menjimatkan wang ringgit kitorang dalam membeli bandwith hosting. Wow!

Syahir dengan Eddie datang agak lewat. Eddie cakap dia baru lepas main golf, datang Midvalley dengan pemakaian yang santai sekali. Hohoh.. Syahir pun bawak Macbook yang agak sama dengan MK. Perghhh! Memang tergoda gila kot tengok diorang punya Macbook. Tapi apakan daya, aku lagi minat nak beli Dell Studio One 19 nanti. Aummm! Sambung baca lagi dow »