David Beckham memang antara orang yang paling bertuah dekat dunia ni kerana memiliki minyak rambut Brylcream yang begitu banyak suatu ketika dulu dan pernah dibaling kasut bola hinggap dekat kepala dia oleh Alex Ferguson. Hehehe.. Tapi kali ni dia memperoleh tuah yang baru lagi. David Beckham dihadiahkan sebuah kereta keluaran Bentley yang memang aku tak mampu beli oleh isteria dia, Victoria Posh atau sepatutnya dipanggil Posh Beckham. Kena guna nama suami, kalau tak dosa.

Aku tak tahu la kenapa Victoria Posh (lantak la dosa dia) sanggup membeli kereta super keluaran Bentley ni sempena kekalahan team bola sepak David Beckham LA Galaxy dalam Piala Amerika. Sama ada dia hadiahkan Bentley ni semata-mata nak raikan yang David Beckham akan lepak dekat rumah beberapa hari sebab penyakit kemurungan lepas team dia kalah tu atau nak sedapkan hati David Beckham. Yela, apa la susah sangat nak sedapkan hati David Beckham tu, bukak la baju dengan seluar dalam kau tu. Lepas tu menonggek depan suami kau tu. Kompom2 senang hati punya. Muahaha! Yeke? Korang rasa macam mana? AKu tak kahwin lagi. Muahaha!

Laman web : http://www.bentleymotors.com

Wow! Style Bentley ni memang lawa gila kot. Tapi memang tak mampu la untuk orang macam aku ni. Ikutkan hati memang nak, tapi insufficient fund. Hohoho! Takpe, orang cakap hidup beserdahana lagi bagus ek. Kalau tak silap aku, aku tengok dekat Harian Metro, kereta Bentley David Beckham ni bernilai dalam lingkungan £165,000 (RM921,876). Bapak mahal nak dekat sejuta. Boleh bawak rombongan pergi haji ni. Ahah! Boleh bawak abang2 usrah aku masa dekat sekolah asrama penuh dulu. Hohoho! Sambung baca lagi baiiii »


Sayang… Salah cara u dukung baby tu. Dah berapa kali i nak ajar dekat u ni sayang, masuk hari ni dah lebih 16 kali sayang dukung tak betul tau. Nanti sakit baby kecik tu. Nanti dia nangis nanti i jugak yang u mintak tolong pujukkan. Lain kali kalau sayang Suri (panggilan manja Lisa Surihani bagiku) nak bawak baby ni pergi jalan2. Bagi i jerlah yang dukung ok. Lagipun i taknak sayang penat2 angkat baby ni, u pun dah penat shooting hari2 kan. I bukan ape, just nak tolong sayang je. I tahu u suka dengan baby. Nanti malam ni i ajar sayang dukung lagi ok. Sayang Suri

****Kembali ke realiti….

Muahaha.. Dalam tak sedar sebenarnya aku bermimpi je dowh. Bangun2 je aku tengok aku dah memang type macam tu. Adakah ini petunjuk yang aku memang ada jodoh dengan Lisa Surihani yang sweet ni? Oh tidak!!! Aku kena buat persiapan dari awal agar aku tidak kekok bersama dengan dia nanti. Muahaha! Wahai lelaki2 yang lain, tolong jangan cemburu ya. Kalau dah memang jodoh tuhan nak temukan aku dengan Lisa Surihani yang humble dan innocent ni. Aku hanya redha menerimanya. Besar tapak tangan, nyiru ku tadahkan. Muahahaha! Ramai kot budak2 ni yang bercita2 nak jadi kekasih hati Lisa Surihani ni. Wakakaka!

P/S : Tak tahulah ni gambar Lisa Surihani dengan baby siapa.


Nasi goreng oh nasi goreng. Dalam seminggu boleh kata 6 hari berturut2 aku dengan budak rumah aku akan makan nasi goreng. Kompom! Kalau tak nasi goreng cina, mesti nasi goreng kampung, lepas tu nasi goreng ikan bilis pulak. Macam2 jenis nasi goreng lah. Hahaha.. Itu je yang kitorang tau dan mampu nak masak. Laju sikit kalau masak nasi goreng sebab tak banyak benda nak kena buat. Ikut hati memang nak try masak mee goreng ke kuew teow goreng ke tapi rasa macam leceh pulak nak masak. Muahaha! Kami bukan malas, tapi cuba bersikap simple and easy.  :P

Aku rasa dalam kitorang 3 orang, akulah yang paling hebat masak nasi goreng walaupun diorang tak mengakuinya. Namun aku yakin dengan diri sendiri yang aku paling hebat masak nasi goreng dan beranggapan diorang hanya cemburu dengan gaya dan sambutan nasi goreng aku. Hohohoh! Memang  sudah terbukti kot nasi goreng aku paling sedap dan unik sbab diorang sendiri cakap sedap masa diorang makan. Boleh tengok kat muka laaa.. Your faces cant fool me la Mario , Naim. Wakakaka!

5 tips untuk kelihatan hebat sebagai pemasak nasi goreng :

  • Masak apabila korang diminta untuk masak sahaja
  • Potong bawang putih dan merah dalam gelap tanpa lampu
  • Biarkan diorang amik nasi goreng dalam kuali, tak perlu hidang
  • Masak nasi goreng dalam kuantiti yang sikit
  • Jawab tak tahu bila ditanya siapa yang masak, agar menjadi suatu misteri…….

P/S : Jom kutuk blog ni ramai2 – www.ZubairMedia.com


Haaaa!! Penteclah weii!! Wakakaka!! Mesti ada yang rasa lawak dan marah bila baca titile blogpost yang macam ni. Bunyinya seakan2 mencarut je kan. Tak pasal2 rice cooker murahan dekat rumah aku brand PENTEC ni menjadi mangsa aku kali ni. Nasib kau lah wahai Pentec, nak buat macam mana dah nama kau memang macam ni sejak aku beli kau lagi. Aku beli kau dekat Pacific dekat dengan simpang nak pergi sekolah TKC ( Tunku Kurshiah College) tu. Dekat ke? Dekatlah kalau naik kereta or motor kan. Kalau jalan kaki kompom2 mandi air masin.. Hohoho..

Banyak jasa Pentec ni dekat aku, setiap kali kelaparan memang aku gunakan Pentec ni sebaik2nya nak masak nasi. Kalau ada duit lebih sikit, aku tak gunakan Pentec ni. Aku akan makan roti canai dekat mamak je. Kalau sangap, memang Pentec ni lah yang akan membantu aku ketika lapar. Tapi kadang2 Pentec ni buat sengal jugak kalau masa nak masak nasi. Setiap kali masak aku akan buat kerja lain dulu. Tak pernah pulak aku dengar ada orang masak nasi dengan rice cooker murah lepas tu terjegat dekat depan rice cooker tu tunggu sampai masak. Gilo namo ehhh!!

Masa dulu kadang2 aku keseorangan dekat rumah, aku masak nasi pastu sambung main game. Kadang Pentec ni akan buat bunyi, “Tektek, tetek, teketek, tek tek tetek”. Masa mula2 dulu tak sedar aku ingat bunyi orang ketuk pintu dengan jari jemari yang halus macam kuku hantu. Muahaha! Kadang2 ingat ada hantu ketuk sliding door rumah aku. Rupa2nya bunyi Pentec. Wakakaka! Memang sesuailah nama kau Pentec!!

P/S : Aku tak mencarut dalam post ni ya. Muahaha! Pentec amik gambar malu2 nyorok belakang cawan.


Walaupun drama Nur Kasih dah habis dah, tapi aku tetap nak cerita pasal pelakon2 Nur Kasih. Hoho! Sepanjang drama Nur Kasih tersiar dekat kaca TV rumah masing2, semua orang asyik2 cerita pasal Tiz Zaqyah yang bawak watak Nur Amina tu. Tapi ramai yang kadang2 terlupa pasal Ummi Nazeera yang bawak watak Siti Sarah dalam drama Nur Kasih tu. Aku yakin sangat2 yang ramai orang membencikan watak Siti Sarah ni daripada awal episod drama Nur Kasih ni sehinggalah ke episod akhir. Tapi masa episod akhir tu, watak Siti Sarah dah mula berbubah menjadi watak yang lebih mulia. Hohoho!

Ummi Nazeera ni kalau tak silap aku, girlfriend si Adam dalam Nur Kasih tu atau nama dalam dunia artis dia Remy Ishak. Macam manala perasaaan si Ummi Nazeera ni bila Adam bermanja2 dengan Nur Amina. Huhuhu.. Aku rasa kalau budak perempuan lain, memang terbakar kalau tengok boyfriend diorang bermanja2 dengan orang lain walaupun atas dasar menjalankan tugas bersama2. Muahaha! Aku rasa Ummi Nazeera perlu berjaga2 sikit sebab haritu aku ada terbaca yang Jueliana Aziz tengah rapat dengan Remy Ishak. Kalaulah aku jadi Remy Ishak pun pening nak pilih mana satu. Dua2 mantap! Auummm!!

P/S : Owh gadis comel :P


Semua orang nak bercinta tapi semua orang pernah bercintakah? Haha.. Jadi aku nak tanya korang yang tak pernah dan pernah bercinta ni, ketiga2 gambar Salima AF4 dan Afif Mystarz LG ni dalam keadaaan bercinta ataupun tengah amik photoshoot saja? Bagi akula, nampak diorang ni dalam keadaan tengah bercinta. Tapi tak tahulah kalau diorang cakap diorang ni memang kawan baik daripada sekolah rendah lagi. Hohoho!

Nak kata photoshoot pun, takkanlah dekat tiga set berbeza. Cuba tengok setiap gambar tu, background semua berbeza2 kan? Ade gambar pakai sedondon warna putih lagi, gambar pakai baju kurung and baju melayu macam nak pergi beraya pulak. Sah2! Memang dilamun cinta ni aku rasa. Salima AF4 pun senyum lain macam je aku tengok. Hehehe.. Suka la kot dapat teman lelaki macam Afif. Cubalah mana2 majalah hiburan Bipop, Pancaindera or Melodi tanya dekat diorang ni kan. Tengok diorang jawab macam mana. Sama ada no comment, teman tetapi mesra, teman sekerja or “Ooo! Kitorang memang nak kahwin tak lama lagi”. Muahaha!

Waaa! Sedondonnya mereka!

Kalau betullah diorang ni bercinta, mintak2 berkekalan lah. Dah banyak kali aku cerita pasal artis bercinta dekat blog aku ni dan setiap kali tu lah aku mintak diorang berkekalan sampai bila2. Doa tu wahai artis sekalian :P Kang kalau clash nanti nak bercinta dengan artis jugak. Pastu kang kena berlakon or duet nyanyi dengan ex masing2 susah pulak nak wat kerja. Mulut memang cakap professional, dalam hati sape tau ye tak. Artis ni lain macam sikit, kang dah tak ingat dunia sampai main bomoh2 pun ada.Do u agree my fellow readers? (dah lame gila tak buat essay) Ok2. Korang tengok semua gambar sekali. Klik perkataan more dekat sebelah ni. Sambung baca lagi baiiii »