Tak tahu sama ada betul atau tidak, tapi Ummi Nazeera kelihatan selesa dengan brader John ni. Aku pun tak pasti siapa lelaki ni. Mungkin ini gambar lama , dan mungkin juga baru. Nampak macam Qi  Destinasi Bajet + Blogger Boy tapi bukan dia. Hohoho! Maybe Ummi Nazeera kena cari mamat ni balik untuk menjadi tempat mengadu. Buat masa ni Ummi Nazeera tak serasi dengan Remy Ishak sebab kes belasah Remy Ishak.

Siapa yang menjadi mastermind membelasah Remy Ishak masih tidak diketahui lagi. Harap2 semuanya dapat diselesaikan dengan baik. Tapi Remy Ishak mesti nak tuntut pembelaan ke atas diri dia dan nak orang2 yang belasah dia tu dapat dihukum dengan adil. Negara kita ada undang2 , so biarlah mereka yang selesaikan. Keputusan mahkamah baik atau buruk terima je lah. Sebab dunia ni memang macam tu. Hohohoh!

P/S : Dalam gambar ni Ummi Nazeera kureng sikit la dari yang ni -> Auummmm!


Lepas heboh orang cakap ada sorang penyanyi yang lahir daripada rancangan realiti TV dah kena tangkap khalwat, nama Faizal AF4 kerap disebut-sebut oleh para gossiper yang suka mencari dan borak pasal gosip artis. Faizal AF4 atau nama sebenarnya Faizal Ramly akhirnya membuka mulut mengaku memang sekarang status dia adalah suami kepada seorang perempuan. Hehehe.. Tapi dia kahwin dah lama dah dan itu pun atas restu daripada kedua2 pihak lelaki dan perempuan.

Faizal telah bersumpah bahawa dia tak kahwin atas dasar kena tangkpa basah. Kalau tak percaya tunggulah kelahiran baby dia nanti awal tahun depan. Faizal AF4 cakap dia dah kahwin sejak 12 Februari lagi dan tak nak diheboh2kan maybe atas urusan kerja takut dirinya tak laku kalau jadi suami orang kot. Patutke dia fikir macam tu? Hohoho.. Kan dah susah orang ingat dia kena tangkap basah pulak.. Dalam Islam pun mintak kita hebah2kan dekat orang ramai untuk mengelak perkara2 macam ni.

P/S : Moga2 anak mung lahir nanti senyum sokmolah..


Ahahaha! Hari ni punya Jumaat lain macam sikit, siap amik video. Agak boring jugak la sampai nak amik video. Gambar clear je sepatutnya, tapi bila dah upload dekat Youtube jadi macam pecah sikit. Agak hampa jugak lah aku terhadap kau wahai Youtube. Macam biasa hari ni akan solat Jumaat dekat Masjid Paroi Jaya yang nyaman. Pagi tadi aku ada dapat email daripada Innity, diorang mintak traffic report blog aku yang tak seberapa ni. Hohoho.. Tak sabar rasanya nak menggunakan Innity selepas aku membuang semua ads Nuffnang daripada blog aku ni malam tadi.

Aku submit traffic report blog aku daripada Google Analytics. Lebih mudah rasanya dengan hanya satu klik. Hehehe.. Save dalam bentuk PDF file. Lepas tu send dekat wakil Innity , Weisin. Hye Weisin! Hehehe.. Sorry i mention nama u dalam post ni. Aku rasa diorang semua tengah cuti hari ni so diorang tak reply lagi. Aman ada bagitau aku dia punya email pun diorang tak reply lagi. So aku rasa macam ok la, hopefully esok dah dapat la. Aman cakap earning dengan Innity lebih mantap daripada Nuffnang. Thanks kepada Aman macho! Wakakaa!

P/S : Korang usyar la video Youtube tu sikit haaaa.. Ada rahsia tu..


Ini adalah isu yang dibangkitkan untuk semua para penggunting rambut dekat Malaysia. Adakah korang ni bajet korang power? Ahaha.. Akur asa diorang ni main gunting jer rambut orang pun. Ikut sedap diorang je. Bajet macam lawa la kan, lepas tu psycho2 org yg rambutnya digunting tu cakap smart la, lawa la. Muahaha! Aku rasa aku pun boleh gunting rambut. Lagi hebat, aku pernah gunting rambut aku sendiri dengan selambanya depan cermin. Rambut belakang pun aku pernah gunting. Tapi time tu rambut aku panjang gila  la kan. Ahaha.. Orang tak perasan pun mana kurang mana lebih.

P/S: Aksi ini berlaku di belakang rumah kitorang


Baru2 ni heboh orang cakap pasal Remy Ishak kena belasah dekat Istana Budaya. Kena belasah dengan 7 orang atas sebab berlaku kasar terhadap seorang anak perempuan businessman. Bukan anak aku ok. Hohoho! Tapi ramai yang kaitkan isu ini dengan Ummi Nazeera. Tapi aku tak pasti la siapa ayah Ummi Nazeera ni. Jadi tak tahu betul atau tak Remy Ishak kena belasah sebab Ummi Nazeera.

Tapi manalah tahu kan kalau Remy Ishak kena belasah dengan seorang peniaga dekat Uptown ke. Remy Ishak maki anak peniaga tu yang tak bagi Remy Ishak harga yang murah. Lepas tu Remy Ishak maki budak tu ke. Hahaha. Kira anak businessman lah jugak tu kan. Wakaka! Orang semua cakap Ummi Nazeera yang menjadi punca Remy Ishak dibelasah dan dimaki oleh 7 orang sebab sebelum ni Ummi Nazeera dikatakan rapat dengan Remy Ishak dan maybe ada couple2 la kan. Kemungkinan besar Ummi Nazeera cemburu Remy Ishak terlebih rapat dengan perempuan lain dan jadi jealous sangat.

P/S : Perempuan ni kalau bab bercinta ni bahaya sikit, luar jangkaan :)


Alahai~ Sebenarnya gambar ni dah lama aku jumpa dekat Roti Kaya dan baru sekarang aku nak tunjuk dekat korang. Lepas aku tengok blog2 lain pun tunjuk gambar Scha Alyahya korang ni kantoi dating dengan Awal Ashaari. Sorry la lambat sikit sebab aku busy buat projek. Hehehe.. Walaupun hari duduk dekat rumah bujang, sekali sekala kenalah buat projek kan. Baru lah boleh buat macam2.. Aummm!

Ok secara terang2an 3 keping (patutke penjodoh bilangan ni) gambar ni memang ada kelibat Awal Ashaari pengacara bersama Sehati Berdansa. Dan kelibat perempuan dalam gambar2 ni aku rasa memang sah Scha Alyahya. Kita boleh tengok yang ini bukan gambar Ifa Raziah mahupun Rosnah Mat Aris dan tidak sesekali Sharifah Aini. Kuang3! Aku rasa memang bentuk badan kelibat perempuan dekat atas ni tidak lain dan tidak bukan adalah Roslan Shah. Eh silap, Scha Alyahya. Hehehehe..

Ahaaa! Hari ni aku nak review sikit pasal RotiKaya.com. Aku amat meminati cara penyampaian penulis RotiKaya.com . Aku tahu siapa pemilik Roti Kaya tetapi aku tak pasti sama ada dia nak orang tahu atau tidak mengenai hal tersebut. Ahah! Sebelum ni dia adalah pemilik OhBulan. Tapi dia dah jual OhBulan dekat orang lain. Dahulu cara penyampaian OhBulan sama macam Roti Kaya. Tapi sekarang ni owner baru OhBulan gaya penyampaiannya tak sama. Aku suka keadaan Roti Kaya dan OhBulan yang dulu. Kemas teratur dan relax. Walaupun aku suka, tapi aku takkan tiru cara Roti Kaya. Ada masa korang lepaklah kat sana jugak ok. Tapi jangan lupa lepak dekat blog aku yang tak seberapa ni. Muahaha! Tengok gambar Scha dan Awal dekat bawah. Sambung baca lagi baiiii »