Akhirnya setelah sekian lama mengidam handphone baru, aku dapat jugak beli Blackberry Bold 9700 ni. Hohoho.. Memang aku tampak bergaya dan syok sendiri bila main-main Blackberry Bold 9700 ni dalam jamban sambil buang air. Layan gila wehhhh!
Banyak jugak pembaziran aku nak pergi purchase and subscribe pakej yang ditawarkan Celcom. Pakej yang aku nak tu sebenarnya untuk Blackberry Curve, tapi entah macam mana lepas dipancing-pancing akhirnya aku terperangkap dalam jala. Hahaha! Sambung baca lagi dow »
Sebelum tu, jom sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk allahyarham Aminulrashid yang meninggal dunia akibat maut ditembak Polis. Kematian Aminulrashid memang kontroversi dan sangat menyayat hati semua pihak. Sekarang dekat internet pun sudah banyak versi jalan cerita bagaimana semuanya berlaku. Aku pun tak pasti yang mana satu yang betul.
Sekarang ni ramai pihak yang telah berbalah dan menjadikan isu ni kontorversi. Tapi kena jga-jaga sebab memang akan ada pihak yang ambil kesempatan ni untuk menghuru-harakan rakyat dan kerajaan. Pihak tu salahkan pihak ni, pihak ni salahkan pihak seberang pulak. Macam-macam lah! Semuanya nak menyalahkan orang lain. Sambung baca lagi dow »
Ini antara pengakuan yang aku harus beritahu dekat korang semua. Muahaha! Aku dengan officialnya dah tewas dengan lagu Jangan Nakal, Alif Satar yang nyanyikan ni. Adeyhh! Dulu punyalah allergic aku dengan lagu ni. Tapi baru-baru ni aku dah tewas pulak dah. Sedap je bila lagu ni kedengaran dekat telinga. Hahaha..
Kemungkinan besar aku dah dengar lagu ni buat seribu kalinya dan barulah aku mula minat dengan lirik and beat lagu ni. Hohoho.. Terasa sweet pulak kalau cakap lirk-lirik lagu Jangan Nakal ni dekat awek kan. Roarrrrr! Hohohoho… Korang minat tak lagu ni weyh? Sambung baca lagi dow »
Korang pernah tak mengalami masalah nak mereka, menulis ataupun menaip artikel English dengan kadar waktu yang singkat? kalau korang tak pernah memang korang power. So pergi main jauh-jauh. Hahaha.. Tapi kalau nak baca jugak takpe. Kali ni aku nak review satu software yang boleh membantu korang menulis artikel bahasa Inggeris a.k.a English untuk assignment ataupun blog korang dengan mudah, cepat dan pantas!
Sebenarnya aku nak tekankan kebaikan software ni untuk blogger and kaki buat duit Adsense. Artikel bahasa inggeris yang unik dan baik adalah baik untuk search engine dan pendapatan yang tinggi dengan Google Adsense. Jika sebelum ni korang dah pening nak buat artikel bahasa inggeris sendiri, jadi sekarang tak perlu pening-pening bila gunakan software a.k.a Perisian Menulis Artikel. Sambung baca lagi dow »
Sejak dua lima menjak ni aku malas nak memasak. Serious malas gila nak masak makanan yang berat-berat ni. Tak tahulah sebab sekarang aku duduk dengan rumah family aku, mood memasak aku hilang. Duduk sini sebab tiang Telekom dekat rumah bujang tu tak terpacak-pacak lagi daaa.. Bapak lama! Geng-geng aku kat sana bertenet guna berukband je la. Sementara tu, aku transfer Streamyx ni ke rumah family.
Jadi apa yang kerap aku masak, hot dog, telur goreng dan ayam drummet. Masak nasi pun aku dah malas dah. Muahaha! Antara benda-benda yang aku masak ni, aku rasa time goreng telur adalah yang paling mencabar sekalii. Macam nak pergi medan perang dah! Aku rasa kalau ada baju askar, boot askar, helmet semua tu, kompom aku dah pakai dah sebelum nak goreng telur.
Walaupun dah lebih seratus ribu kali aku goreng telur, aku masih perlu buat gerakan matrix nak mengelak-elak tembakan sang kuali berpelurukan minyak. Wallaweh! Dulu pernah kena dekat pipi, cuak gak aku sikit lagi nak masuk mata. Bukan calang-calang orang boleh goreng telur ni. Sambung baca lagi dow »
Semalam punya semalam malam (ni ayat betul ok), aku dengan kawan aku dah set nak pergi tengok movie semalam, jatuhnya pada hari Isnin. Sebab dia cuti masa tu and nak lepak dengan member. Kenalah update cerita-cerita baru member an. Hohoho.. Kitorang layan The Losers ni dekat MBO Terminal 2, Seremban.
Dekat MBO Terminal 2 ni tak ramai sangat orang macam dekat TGV Jusco Seremban 2. Tapi malangnya pop corn dekat sini tak sesedap pop corn TGV. Adeyhhhh! Kemut gula kot, tawar hebeyh je kalau orang N.Sembilan cakap. Wayang bermula pukul 2:15, aku dengan Payid dah lunch dekat Leha World Paroi Jaya dah. So tak perlu beli pop corn masa masuk.
Kitorang tengok movie ni berempat, so agak fun jugaklah daripada tengok berdua. Hohoho.. Kang kena cop gay plak kan. Sebelum keluar The Losers ni dekat panggung, aku dah lama tertarik dengan trailer movie ni. Trailer diorang membuat aku berasa sangat berahi. Memang terbaik! Sambung baca lagi dow »