galah panjang

Korang pernah main galah panjang tak? Mesti ramai yang dah pernah kan. Walaupun ada yang cakap diorang tak pernah main galah panjang tetapi aku rasa diorang pernah juga. Diorang main galah panjang secara tidak rasmi! Hohohoh.. Mesti korang pun pernah berada dalam situasi macam ni. Aku yakin!

Ok katakanlah korang tengah syok jalan-jalan dekat mana-manalah. Contohnya korang jalan dalam shopping complex. KemudianĀ  tiba-tiba korang bertembung dengan individu yang lain yang menuju ke arah bertentangan dengan korang. Sambung baca lagi baiiii »


Tiga tahun sudah berlalu aku menelaah segala apa yang ada di dunia blogging ni. Namun masih banyak lagi yang perlu aku pelajari dan terokai dalam dunia blogging ni. RidzuanRichie.com ni adalah blog pertama dan sudah tentu inilah blog yang paling aku sayang walaupun aku ada blog lain yang beri pulangan lebih banyak daripada blog personal aku ni.

Dunia blogging memang seronok sebab banyak membantu aku teruskan kehidupan yang tenggelam timbul ni. Alhamdulillah! Sepanjang 3 tahun aku blogging aku tak pernah pun buat pertandingan untuk blog ni dan blogger lain. Jadi kali ni buat pertama kalinya aku sediakan sedikit imbuhan serta ganjaran bersyarat untuk korang semua. Pertandingan ni adalah untuk blogger dan siapa jua yang ada website, blog mahupun laman sosial seperti Facebook dan lain-lain.

Pertamanya, korang kena buat blogpost atau page untuk review sedikit mengenai blog aku dan sepatah dua ucapan tahniah sempena ulang tahun ketiga RidzuanRichie.com . Nak cerita sedikit pasal diri aku pun boleh kalau korang kenal aku lah kan. Cerita bagaimana korang bermula jumpa blog aku pun tak salah. Apa yang penting ada ucapan tahniah sempena ulang tahun ketiga. Sambung baca lagi baiiii »


teater uia iium

Perhatian! Six Characters In Search Of An Author merupakan sebuah teater. Hehehee.. Bagi sesiapa yang berminat nak mendalami seni teater danĀ  mencuba-cuba untuk menonton teater buat pertama kalinya, silalah ke International Islamic University Malaysia (IIUM).

Aku rasa semua yang terlibat dalam teater ni adalah daripada pelajar UIA sendiri. Aku pun tak tahu apa beza IIUM dengan UIA.. Sama je kan? Tak kesahlaa.. Kepada pengarah-pengarah filem dan drama boleh juga datang tengok bakat yang diorang ada.

Mana tahu bersesuaian untuk dijadikan sebagai watak dalam drama dan filem kalian nanti. Wohoho! Budak-budak muda sekarang kan advanced, so jenguk-jenguk lah. Kalau ada mana-mana pasangan tu dah tak tahu nak buat malam 8hb dan 9hb Jun nanti, datanglah sekali tengok teater ni. Sambung baca lagi baiiii »


li na

Asia telah berjaya melahirkan lagi seorang bintang sukan yang setaraf dengan juara-juara dunia dalam bidang tenis. Sebelum ni Asia gah dengan Pacquiao yang kental dalam gelanggang tinju menumbangkan lawan walaupun berbadan kecil.

Li Na berjaya merangkul trofi kejohanan tenis Terbuka Perancis setelah menumpaskan juara dari Itali, Francesca Schiavone. Aku ni bukanlah peminat tenis sangat tapi aku ambil tahu juga mengenai dunia sukan. Baca online sudeyh! Hehehe.. Sambung baca lagi baiiii »


buang bayi sentul

Aku rasa memang orang Malaysia ni tak makan saman dengan hukuman-hukuman dan undang-undang yang dah ditetapkan bagi sesiapa yang terlibat dengan kes pembuangan dan pembunuhan bayi. Aku pun tak faham langsung macam mana diorang ni boleh tergamak nak buang bayi. Gila apa? Binatang apa?

Kes paling terbaru dan paling kejam setakat ni berlaku di Sentul dua hari lepas kot. Boleh pulak si binatang ni main campak je baby ni dalam plastik dari tingkat 5 Pansapuri Sentul ke tempat pembuangan sampah di tingkat bawah sekali. Sambung baca lagi baiiii »


terung, ecoli

Tahukah korang mengenai wabak e-coli? Sebutannya yang sebenar adalah e-kolai walaupun ejaannya sama seperti coli yang selalu disebut-sebut kaum perempuan yang berada di luar bandar. LOL! Main cakap je.. Maaf!

Wabak e-coli ni mula disedari di Jerman selepas beberapa orang di sana menghidapi sindrom hemolitik-uremik. Sindrom ni mengakibatkan jumlah trombosit dalam badan menurun (macamlah aku paham), sel darah merah dihancurkan dan buah pinggang gagal berfungsi seperti biasa. Sambung baca lagi baiiii »