Aku rasa daripada dulu lagi dah ramai dah budak-budak kecik yang dah bersongkok yang pergi tegur semua orang yang dia nampak. Diorang ni bersongkok dan ramai yang cakap diorang ni budak-budak sekolah agama or tahfiz yang macam persatuan or swasta.

Masa dulu akal pendek aku cakap yang diorang ni peminta sedekah, tapi aku silap besar. Memang masa dulu-dulu ada musim suruh budak kecik kutip duit and minta sedekah. Tapi sekarang ni banyak budak-budak yang bersongkok ni jual kalendar Islam, ubat serta kismis dan buku serta kad yang berunsurkan keislaman.

Acap kali aku fikir punya fikir.. Siapalah dalang yang suruh diorang buat kerja-kerja macam ni. Kadang-kadang sampai lewat malam. Bawah matahari terik tengah hari buta.. Diorang buat semua ni untuk siapa.. Tak penat ke diorang buat semua ni.. Taknak report kat siapa-siapa ke… Sambung baca lagi dow »


Sekarang ni isu kekejaman Israel makin menjadi-jadi. Satu dunia sedang memandang dan berkata, watafak yang kerajaan Israel ni nak buat. Eh, Israel ada kerajaan ke? Ada tanah ke? Cilakak punya Israel.

Namun, ramai pemimpin yang hanya oleh berkata-kata saja tanpa buat sebarang tindakan yang sepatutnya. Israel bukan besar mana pun kan? Jadi apa nak dihairankan eh?

Mungkin ramai pemimpin yang tunduk dengan hantu Israel ni. Ado la kiro-kiro eh tu agak eh. Ado la perjanjian eyh tu. Sekarang kita semua nak harapkan dengan hanya satu kapal. Sambung baca lagi dow »


Hari tu kagum jugak aku tengok bila mamak Syed Maju dekat Taman Paroi Jaya ni amik order. Aku nampak dia tulis dalam Jawi. Tapi still ada jugak la short form tu kan. Haha!

Lepas tu apa lagi, aku order dalam bahasa Arab la. Dia faham jugak. Hahaha.. Hebat-hebat jugak mamak sini. Jadi sebenarnya dia ni bukan mamak la kan..

Tapi aku tak panggil la mamak dekat sini dengan nickname mamak, ane or macha. Aku selalu panggil diorang boss. Kasi rajin sikit diorang masa amik order dan dihargai. Wakaka!

Yang kes mamak tulis jawi tu aku rasa dia orang Pakistan la. Masa mula-mula datang dulu dia habuk tak paham apa aku cakap. Dulu cakap sengal pun dia senyum je. Miahaha!


Haaaa… Mana nak cari Blackberry yang berharga semurah RM5.50 selain daripada gambar atas ni? Ni bukan Blueberry ataupun Bleckberry mahupun Blankberry. Hohoho.. Aku rasa Celcom, Maxis dan Digi pun tak boleh tawarkan Blackberry semurah ini. Miahaha! Tengok betul-betul gambar dekat atas tu kalau tak percaya. Ahaks!

Lokasi penjualan Blackberry murah ni aku tak nak bongkarkan dekat korang. Tapi kalau korang nak beli melalui aku boleh jer. Mau ke tak mau? Tapi aku markup lebih la sikit. Rm50 je boleh? Kalau korang bank in kan duit dalam Maybank2u aku ataupun CimbClicks, aku kan hantar guna Pos Laju. Sambung baca lagi dow »


Wooots wooots.. Jam menunjukkan 5:26AM dan aku tengah terkial-kial nak update blog ni sebelum Subuh dan tidur. Baru je sampai rumah tadi lepas lepak dekat Azhar Maju Taipan dataran Senawang. Sesak gila babeng tadi!

Mula-mula sekali nak ucapkan tahinah kepada Shahir yang dah pun menjadi juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8). Walaupun sebelum ni dah tersingkir masa minggu keberapa entah.

Aku bukanlah peminat AF8 sangat ataupun peminat Shahir. Tapi lepas aku tengok Trek Selebriti dengan artisnya adalah Shahir AF8, maka dari situ aku berasakan Shahir merupakan pelajar yang layak jadi juara AF8.

Korang tengoklah Trek Selebriti tu ya!

Musim Champions League pun dah tamat dah! Milito dengan handsomenya menjaringkan dua gol dengan baik dan penuh gaya pagi tadi. Masa final ni aku sokong Inter Milan sebab aku tak suka Bayern Munich yang kalahkan MU. Hohoho!

Inter Milan and Bayern Munich main dengan baik tapi Inter Milan lagi banyak masuk ke dalam kotak penalti. Milito pulak senang-senang je dribble bola depan Van Buyten. Hahaha! Ada member aku cakap, sah-sah Milito akan jadi first striker Argentina masa World Cup nanti.

Inter Milan menang 2-0 dengan Bayern Munich!


Ada satu hari tu aku pergi ke restaurant kepunyaan Harith Iskandar, Samsaraa gelaran diberi. Aku pergi bersama-sama Rebecca dan Hanie selepas dijemput untuk mencuba makanan dan mendalami suasana melepak di Samsaraa oleh Harith dan Jezamine. CuteCarry pun dijemput tapi dia datang solo dan lewat. Haha!

Samsaraa ni terletak di sekitar Taman Sri Hartamas. Nak pergi situ, takdelah sesukar mencari harta karun. Kalau korang malu nak tanya orang, just search dekat Google map je. Heheheee.. Haritu Hanie yang drive and aku just goyang kaki je sambil berangan. Ngeeee….

Masa mula-mula sampai tu, kitorang disambut mesra oleh Jezamine. Harith Iskandar takde sebab ada tugasan penting. Jadi aku tak berpeluang nak tengok “matahari”.. Wakaka! Suasana dalam restaurant tu sangat selesa dan takde bunyi-bunyi bising. Kalau bawak awek korang makan sini, aku rasa kalau dia berbisik dalam hati pun korang boleh dengar. Muahaha!

Restaurant tu memang santai! Keadaan dalam tu pun tak sejuk sangat dan tak panas. Tak macam dekat kedai mamak, yang korang perlu buat muka taiko nak suro diorang bukak kipas laju-laju. Sangat selesa untuk aku yang sedang lapar lepas berham-jam mengikat perut dari Seremban. Fuhhh! Sambung baca lagi dow »