Ohoiiii! Barangsiapa yang tak tahu apa itu La Senza memang dia sorang yang jarang pergi ke shopping complex ataupun sememangnya dia tidak mempunyai sepasang mata yang agak liar. Hahaha!

La Senza ni merupakan pakaian dalam perempuan yang agak elegan dan juga seksi. Aku rasa ramai jugak lelaki yang tahu pasal La Senza ni. Dan aku dapat menduga mesti ada sang suami yang belikan La Senza ini untuk sang isteri.

Tak tahulah untuk tatapan si suami ataupun keselesaan si isteri. Hohohoho! Tapi bagi kami yang bujang-bujang ni, dah terbayang dah untuk memberikan apa yang terbaik untuk keselesaan isteri kitorang nanti. Huhuhuhu! Sambung baca lagi dow »


Tak habis-habis lagi rupanya kes Manohara Pinot ni. Kali nii lagi dasyat dan lebih berani sebab ada adegan manja-manja sikit. Hohoho! Kali ni gambar dia dengan seseorang yang bernama Amil. Manohara dikatakan mencium manja si Amil ni.

Aku harap kerabat Di-Raja Kelantan dapat selesaikan kes ni secepat mungkin sebab nampak macam si Manohara Pinot ni memperlekehkan orang dan raja Melayu. Tak boleh dibiarkan begitu saja maaa..

Gambar Manohara dengan Amil ni dah tersebar luas dekat internet lebih-lebih lagi dekat blogger dan wartawan dekat Indonesia. Aku tak tahulah apa pendapat wartawan dengan blogger Indonesia pasal benda ni. Malu atau bangga? Entahlah..


Korang rasa betul ke tak benda ni wahai lelaki-lelaki budiman sekalian. Hahaha.. Aku rasa macam betul je sebab memang benda ni dah dibincang banyak kali dengan jejaka-jejaka lain.

Aku rasa diorang memang pantang nampak kereta yang superb-superb ni. Miahaha! Kalau korang perempuan, jangan tak mengaku haaa. Lepas tengok kereta, mesti diorang tunggu nak tengok siapa yang drive kereta tu kan. Pastu berangan, kan best kalau dapat dia jadi teman lelaki, yang muda lah lebih baik.

Kalau dekat college swasta mahupun kerajaan, mana-mana lelaki yang bawak kereta sendiri lagi mudah untuk mendapatkan awek. Hohoh.. Kalau tak percaya, tanya kawan sendirilah. Tanya budak-budak UITM sudeyh. Senang nak bawak bontot diorang pergi ke mana-mana bila dah ada kereta nih. Sambung baca lagi dow »


Hari ni hari Jumaat maknanya aku akan berada di masjid Taman Paroi Jaya menjelang waktu Zuhur nanti. Minggu lepas pergi terlalu awal sampai budak-budak yang selalu main kejar-kejar dekat masjid tu pun lagi lambat daripada aku.

Hari ni dah bila kedengaran azan baru aku dengan sahabat akan pergi menuju kejayaan. Hohoho! Sebelum melangkah masuk ke dalam kawasan masjid, lepak dulu beli jus jambu batu. Sedap wooo! Haus hilang, kenyang pun kenyang gak ar kan.

Aku tahu jus jambu batu ni berkhasiat, tapi aku tak tahulah apa khasiatnya dan kebaikan untuk kesihatan aku. Layankan je la kan. Dekat Seremban ni ramai jugakla yang jual jus jambu batu ni. Tak tahulah diorang ni satu geng atau franchise ke kan.

Ok weh! Bagi yang bertelor, jangan lupa pergi solat Jumaat hari ni. Hohoho!


Haritu masa petang yang dingin dibuai semboyan angin nan senja.. Ehem3.. Aku pergi beli pisang goreng dekat-dekat dengan rumah sewa aku. Hajat nak makan pisang goreng membuak-buak hari tu.

Masa tengah nak tunggu turn order pisang goreng, dengarlah ada sorang makcik ni borak dengan tauke gerai pisang goreng tu. Dia pun makcik jugaklah pangkatnya. Hohoho.. Sambil dia terbalikkan pisang yang tengah digoreng, dia cakap kat aku, orang bujang tak elok makan goreng pisang panas-panas. Tunggu sejuk dulu!

Aku tahu tu hanya mitos dan alasan untuk dia borak dengan lebih lama dengan makcik sorang lagi. Wakaka! Diorang borak pasal perubatan tradisional. Diorang cakap kalau sakit dalaman ni, tak payah terus jumpa doktor awal-awal. Tunggu lambat-lambat dulu pastu pergi jumpa pakar perubatan tradisional kat hujung kampung sanun tu haaa. Sambung baca lagi dow »


Dah lama jugak aku berkasih sayang dengan Tune Money ni. Hohoho.. Macam mana aku boleh ada kad Tune Money ni? Masa mula-mula aku involved dalam dunia blogging, internet marketing and make money online ni, aku memerlukan akaun Paypal!

Akaun Paypal ni bertujuan untuk aku membayar dan menerima transaksi duit secara online dan seluruh dunia. Maknanya di sini aku boleh terima duit daripada satu dunia walau apa jua pun jenis dan nilai matawang yang aku terima.

Nak ada akaun Paypal ni pulak mesti ada kad VISA ataupun Mastercard. Tak kisah sama ada kad debit ataupun kredit. Jadi aku memilih Tune Money sebagai kad debit aku. Dah daftar Tune Money ni boleh la aku verified akaun Paypal aku. Sambung baca lagi dow »