
Gomok lak aiiiii gambar aku atas ni. Gambar ni ditembak masa sebilangan blogger dekat Malaysia ni yang diberi peluang untuk memandu uji kereta MPV terbaru Honda yang diberi nama Freed. Lebih sedap dipanggil Honda Freed.
Honda Freed ni sangat sesuai untuk orang yang dah berkeluarga. Luas dan selesa! Walaupun aku baru tahun ni dapat lesen kereta, tapi aku nak puji jugak Honda Freed ni dari segi kepantasan dan kefleksibelan. Ahaha!
Sangat mudah untuk dipandu lebih-lebih lagi untuk amatur yang macam aku ni dah boleh berlagak macam professional. Miahahah! Aku boleh buat U-turn sebelah tangan je baii.. Tak cayo? Kono pocayooooo!

Model khas! Hehehe.. Kak D!! DiyanaAzman.com
Honda membahagikan blogger kepada beberapa kumpulan dan masa tu aku satu kumpulan dengan Kak D, Paeh, Hanep and Hafiz Bjork! Kitorang semua memang puas hati dengan Honda Freed ni. Ni aku tunjukkan sikit beberapa gambar masa hari tu. Sambung baca lagi dow »

Hari ini adalah hari pertama puasa untuk semua yang beragama Islam. Jadi dengan mudahnya aku memberitahu tarikh pada hari ini dalam kalendar Islam adalah 1 Ramadhan tanpa perlu aku merujuk mana-mana surat khabar.. Teeeheeeee!
Aku rasa pada zaman dah nak dekat kiamat ni, orang lelaki paling banyak dugaan dia masa nak berpuasa. Tengok kiri seminit, tengok kanan seminit. Adoiiiii! Susahlaaa… Banyak sangat buah! Hehehehe.. Sambung baca lagi dow »

Isnin lepas aku gerak balik ke Seremban menaiki komuter. Agak malam masa tu sebab aku taknak la balik naik komuter sesak gila babeng. Nak-nak pulak kalau naik daripada KL Sentral or Midvalley. Malam tu aku daripada Kl Sentral dan malangnya, aku terlepas satu train tak sampai 20 saat masa aku jejak kaki dekat platform nombor 6. Dayymmm!
Lepas menunggu dalam 15 minit, komuter menuju ke Seremban tiba. Dan bermulalah perkenalan aku dengan Ronald McDonald Malaysia. Muahaha! Takdela maskot McDonald yang betul-betul de. Tu yang gambar dekat atas tu, yang kasut macam McDonald tu. Memang nampak sangat macam maskot McDonald dengan seluar kecik macam tu. Hohoho!
Walhal aku sebenarnya ada je kasut yang macam tu. Tapi kasut Puma lah dan bukan Vans ataupun sebagainya. Tapi takdela aku pakai seluar macam masa form 3 dulu. Wakaka! Malu siot bila ingat balik pakai seluar kecik nak mampos tu. Dulu kalau boleh nak paling kecik. Haha!

Malangnya Ronald McDonald yang aku jumpa tu tak dapat nak bagi burger dekat adik comel bum2 yang kelaparan sampai terlentok manja dekat bahu aku. Muahaha! Gambar ni aku amik bukan pada hari yang sama haa..
Sambung baca lagi dow »

Porno! Lucah! Seks! Aku rasa ketiga-tiga perkataan yang agak seerti ni memang sentiasa berlegar dalam kepala aku korang semua. Takdelah semua… Hehehe! Ada yang memandang perkara ni dalam sudut positive dan ada yang pandang pada sudut hyper positive. Ada ke negative? Muahahaha! Sekadar senda gurau di pagi hari.
Apabila lahirnya sang internet, bahan-bahan lucah dan seks ni semakin berleluasa dan peratusan kemajuannya sangat drastik. Tak kiralah pembekal ke, pengguna ke. Masing-masing makin maju! Ada yang disebabkan porno, kelajuan diorang menaip dekat keyboard semakin laju. Ahahaha! Menaip nama-nama pornstar kesukaan! Ohhh!! Ini jauh sekali bukan aku.. Teeeheee! Sambung baca lagi dow »

Haiisssshhh!! Aku dah lah lama tak update blog… Bajet nak buat suprise dekat korang yang aku ni hebat memasak. Tapi ternyata aku gagal untuk menaikkan nafsu makan korang. Hahahaha! Makanan segera yang aku masak hangus lagiiii!!! Goddamit boto la!!
Memang ternyata apa yang Tomok OIAM cakap, ” Sejarah mungkin berulang ” lagi best kalau cakap dengan nada yang sengau.. Miahaha! Dulu masak asyik hangus, ingatkan dah improve. Rupa-rupanya aku masih tidak mampu memperbaiki lagi kesilapan yang lepas. Huwarghh! Sambung baca lagi dow »

Aku sebagai wakil daripada kaum lelaki nak bagi amaran dekat korang semua. Kami lelaki yang sentiasa di pihak yang benar takkan sesekali terpedaya lagi jika sang perempuan merayu teman ke salon. Muahaha! Sang perempuan jangan fikir kami lelaki ni bodoh ok. Nak pergi salon, go pakai duit sendiri. Miahaha!
Hahaha! Intro post kali ni tak macam panas sikit pulak. Tapi memang betullah, lelaki kena berjaga-jaga kalau awek or isteri merayu belanja nak pergi salon buat treatment. Harga dia bukan macam Kedai Gunting Rambut Sugu dekat Kuala Pilah suatu ketika dahulu. Ni harga dah macam nak beli basikal pertama anak buah korang je.
Poket yang sendat pun boleh jadi kempis lepas pergi salon ni. Hahahaa.. Haritu terniat nak jadi macam maknyah sekejap. Memandangkan rambut aku yang tak pernah langsung dibubuh conditioner, maka dengan rela hatinya aku pergi ke salon dekat Jaya Jusco Seremban 2. Salon L’oreal kalau tak silap aku. Sambung baca lagi dow »