nasi arab

Dah lama dah sebenarnya gambar-gambar ni. Aku makan untuk pertama kalinya dekat Nasi Arab Damsyik ni dengan abang hensem lagi bergaya, Muizz. Padahal kedai ni dah lama gila dah dekat Seremban.

Aku pun dah beratus-ratus kali aku lalu lalang kedai ni kalau nak pergi isi minyak dekat Petronas ataupun balik kampung. Tapi sebab takde geng yang nak pergi ataupun kedai ni asyik penuh masa waktu malam. Sambung baca lagi baiiii »


Aku jarang beli kasut, dan boleh kata aku dah lama tak beli kasut baru. Aku pun dah lupa bila aku last sekali beli kasut, tapi yang penting aku beli kasut tu masa Hari Raya Aidilfitri tahun 2009 rasanya. Lamo kan? Hohoho!

Macam mana boleh mula nak beli kasut baru ni lepas kawan aku Nuar, bakar line cakap kasut yang dekat atas ni lawa. Dia bakar line baik punya sampai aku tanya dekat akak tu nak beli kasut biru gelap atas tu yg ade stripe swoosh warna kelabu tu and orange. Sambung baca lagi baiiii »


This post is password protected. To view it please enter your password below:



Blackberry sentiasa update dengan Operating System (OS) diorang. Masa awal-awal beli Blackberry Bold 2 dulu, dah biasa guna dengan OS5 sebab memang itu je yang ada.

Tapi bila dah keluar OS6, aku pun terhegeh-hegeh nak guna OS6 sebab memang terbaik daripada segi style and feature yang ada. Sepatutnya masa tu Blackberry Torch je yang boleh guna OS6. Sambung baca lagi baiiii »


jared leto

Hmmmpphh!! Sekarang ni aku dalam proses memulihkan badan ke bentuk asal seperti dulu kala. Hahaha! Aku tak tahu sekarang ni aku tengah pakai kostum mana entah. Harap-harap boleh la cepat-cepat bukak kostum ni haa..

Dah tak tahan dah dengan kostum aku sekarang ni. So sekarang aku mencari inspirasi yang tak beragak punya. Aku ada dua idola dalam badan mantap-mantap ni. Satu macam biaso, Ryan Reynolds and lagi sorang, Jared Leto ni haa. Sambung baca lagi baiiii »


Lepas solat Subuh tadi, aku saja cari lagu and video clip yang latest dekat Youtube. Tiba-tiba aku ternampak satu video yang tajuknya Chris Medina – What Are Words. Perkataan Medina yang sama macam Madinah membuatkan aku nak tengok video tu.

Betul jangkaan aku , lagu dalam video tu memang sedap macam nama penyanyinya. Lirik lagu ni memang sangat-sangat bermakna dan mendalam. Kalau korang tengok video tu sambil nyanyi atau amati lirik dia, for sure korang akan tersentuh.

Kalau korang nak tau, video tu memang kehidupan sebenar Chris Medina. Kisah benar hidup dia bersama-sama dengan tunang dia Juliana Ramos. Dalam video tu ada tunjuk dia propose tunang dia semasa masih sihat lagi. Sambung baca lagi baiiii »