Zizan Nin yang sebelum ni pernah digosipkan dengan Rozita Che Wan dan Melissa Maureen Rizal sudahpun selamat dinikahkan dengan pembaca berita Ntv7. Wow! Mesti best kahwin dengan orang yang tahu berita satu Malaysia ni. Tak payah beli paper lagi dah. Wakakaka!

Dah jimat si Zizan Nin ni RM30.00 sebulan kalau dia beli surat khabar Kosmo setiap hari. Jimat masa nak tengok berita dekat TV jugak, sebab dia boleh dengar setiap hari isteri dia bebel dekat telinga. Ahahaha.. Gurau-gurau.. Fazilah Hani ni merupakan anak kepada Datuk Harun Hashim dan dialah yang jadi wali masa pernikahan tu.

Diorang berdua dinikahkan di Masjid Negara oleh Pendaftar Persekutuan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Abdullah Hashim dengan mas kahwinnya RM651. Ermmm.. Boleh tahan jugak mas kahwin nih.. Kalau bakal mak mertua aku upgrade harga mas kahwin lagi tinggi daripada ni, memang aku cop dekat kepala dia kaki bisnes betul. Wakaka! Sambung baca lagi dow »


Nampaknya isu Sharifah Sofia bermanja-manja dengan 2 ekor anjing sudah pun semakin besar dan diketahui ramai. Sebelum ni geng aku, Mat Kepoh ada cerita pasal Sharifah Sofia bermain dengan anjing ni. Hmmm.. Bagi aku, aku tak salahkan sesiapa. Mungkin masing-masing tak mempunyai info yang cukup lagi.

Baik orang yang mengomen hal ini mahupun Sharifah Sofia sendiri. Tapi peminat tak bolehlah salahkan dia gila babeng. Banyak lagi benda tak elok artis lain dah buat berbanding dengan Sharifah Sofia ni. Tapi biasalah, dah jadi artis memang kena tahanlah benda-benda macam ni.

Kalau ada sesiapa yang ada dalil ataupun hadith yang mengatakan anjing ni makhluk yang hina di sisi Allah, cuba bagitau aku sikit ok. Sebab aku ni kurang ilmu jugak. Kalau ada, hulur-hulurlah dekat aku. Nak jugak aku tau and bagitau dekat orang lain. Yang aku tahu, air liur and najis anjing ni HARAM dan ianya najis tertinggi pangkatnya. Hohoho!


Sekali lagi filem arahan Farid Kamil yang berunsurkan ekzos dan sepit udang keluar ke pawagam satu Malaysia. Kalau ada rezeki mungkin boleh lebih daripada Malaysia. Aku pun baru tengok movie V3 : Samseng Jalanan ni dua hari lepas bersama-sama Mario and Naim.

Kitorang masuk ke tempat sepatutnya agak lewat. Tapi takdelah lewat sangat sebab sebelum ni kalau movie pukul 9.30 PM, masuk pulak 5 minit lepas tu masih banyak lagi iklan-iklan yang tengah dipusingkan. Haiyaaaaa.. Kali ni diorang punctual macam Jepun pulak.

Ada beberapa scene awal tu aku tak dapat tengok. Antaranya scene accident termasuk bawah lari and masa si mat rempit tengok movie sambil meraba awek masing-masing. Oh shahdunya.. Kitorang masuk-masuk je dah scene Rudi kena marah dengan mak bapak dia. Sambung baca lagi dow »


Sejak dari minggu lepas, aku dah jadi hantu karipap. Hari-hari mesti mau makan karipap. Hari-hari mesti beli karipap. Adakah aku memang sinonim dengan karipap ataupun memang lelaki daripada dulu suka makan karipap? Aummmm! Hehehe..

Aku selalu beli karipap dekat satu simpang jalan dekat area Senawang ni. Peniaga kuih-muih ni merupakan sepasang suami isteri. Bagus-bagus, daripada mintak sedekah, melacur, baik jual kuih-muih. Ada jugaklah kan rezeki halal dan diberkati.

Kalau kuih yang diorang jual sedap, pembeli pulak suka dan memanjangkan hidup si pembeli. Mesti dapat pahala punya maaa! Oklah, aku nak pendekkan cerita. Ada satu hari tu masa nak pergi beli karipap macam biasa, ada sorang makcik ni yang jual nasi ayam dekat gerai depan sanun tu ha. Sambung baca lagi dow »


Woooot! Wooooottt! Ni lah antara kebarangan yang aku dapat masa Tea Party Alice In Wonderland hari Rabu minggu lepas. Goodies yang sangat berbaloi untuk diterima selepas perjalanan jauh dari Seremban. Jauh la kalau korang pergi naik komuter yang tersengguk-sengguk. Hohoho!

Antara goodies yang aku dapat macam ni, cawan minum tea special edition untuk Alice In Wonderland daripada Mid Valley and HSBC, miniature perfume Nina Ricci yang aku rasa cukup untuk aku pakai selama sebulan. Muahaha! Notebook Alice In Wonderland yang aku rasa aku boleh jual dekat Ebay dalam $20.. Ahah!

Makcik Esah nak beli tapi aku taknak jual kat dia..

Selain tu aku jugak dapat no cabutan bertuah yang agak unik, berbentuk macam kunci pintu Alicenak masuk dalam dunia khayalan dia tu. Last sekali, tiket movie percuma menonton movie Alice In Wonderland versi 3D. Best weh! Hahaha.. Terima kasih banyak-banyak kepada Advertlets! Sambung baca lagi dow »


Ini adalah buat first timenya aku lepak and makan dekat Carls Jr dan adalah first timenya juga aku makan dalam Pavillion. Sebelum ni ada banyak kali jugak terfikir nak makan Carls Jr, tapi memandangkan keadaan geographical aku and the gang tak mengizinkan. Hahaha..

Ada kesempatan nak makan and lepak dekat Pavillion ni pun sebab Payid cuti daripada pekerjaan dia. Hohoho.. Ada lagi sorang member, Apun. Niat di hati diorang nak tengok Alice In Wonderland 3D, malangnya penuh untuk seminggu.Aku tak kesah sebab aku dah tengok haritu. So kitorang decide nak layan Green Zone.

Movie start lambat so kitorang pusing-pusing Pavillion and makan Carls Jr. Staff dekat carls Jr haritu bapak punyalah ramahnya. Maybe sebab tu gaji diorang besar sikit an. Ramah sorang staff tu memang tak agak. Memang asyik-asyik nak bercakap dengan kitorang jer. Mulutnya sangat aktif seperti seorang mulut perempuan walaupun fizikalnya lelaki. Haha!

Aku & Apun si pintar

Memang santai habis Carls Jr dekat Pavillion ni. Maybe dekat tempat diorang memang dah adat meja makan paras lutut. Aku orang Melayu, bapak tak biasanya makan dekat meja paras lutut. Jadi aku bersila atas kerusi tu, nak sesuaikan diri macam makan atas lantai. Sambung baca lagi dow »