
P1 Wimax merupakan salah satu pembekal servis sambungan internet tanpa wayar yang makin maju kehadapan. Jika sebelum ini ramai yang masih ragu-ragu dengan kebolehan dan teknologi yang cuba dibawakan oleh P1 Wimax.
Kini pengguna tetap teknologi 4G yang dibawakan diorang semakin lama semakin ramai sehingga hampir mencecah setengah juta pengguna. Masa aku duduk dekat KL aku sempat menggunakan perkhidmatan P1 Wimax ni. Sangat memuaskan!

Saban hari pengguna internet semakin ramai dan permintaan penggunaan data juga semakin tinggi. CEO P1 Wimax, Michael Lai akan membawakan satu teknologi baru untuk para pengguna P1 Wimax.
Apa lagi yang korang mahukan? Mestilah kelajuan yang tinggi dan stabil kan? Haaaa! Teknologi baru itu, LTE (Long Term Evolution) akan membantu meningkatkan lagi kelajuan sambungan internet korang. Memang puas hati!

Diorang (P1 Wimax) bekerjasama dengan syarikat besar perkhidmatan jalur lebar dan telekomunikasi di China, ZTE, untuk membawa teknologi LTE tersebut. ZTE akan membantu P1 Wimax mencapai kelajuan lebih daripada 100Mbps kelak!
Bayangkan korang boleh download 1GB data hanya dalam masa 10 saat saja! 60GB seminit!! Perghhh.. Siapa yang tak nak kan? Adakah korang dah ready untuk ini? Perkhidmatan sambungan internet tanpa wayar yang kita boleh bawa ke mana-mana. Laju plak tuuu!

Segala kredit kepada Vernon Chan untuk gambar-gambar ni walaupun aku ada masa diorang terangkan. Heheheee.. Gambar dekat atas ni menunjukkan kelajuan yang dicapai setelah wakil daripada ZTE upgrade kelajuan yang ada dengan peralatan yang diorang bawa.
Wallaweehhhh!! Thanks to P1 Wimax dengan khabar teknologi baru ni. Buat masa ni teknologi LTE ni masih lagi dalam proses evolusi dan kemungkinan semua orang boleh menikmatinya pada tahun 2013.
Sekarang ni P1 Wimax sedang mempertingkatkan kestabilan dan kelajuan teknologi 4G mereka yang sedia ada. Syabas aku ucapkan! Cuba korang tengok Promosi Terkini untuk P1 Wimax.
6 Responses