Salam dan hai kepada korang yang sudi membaca segala luahan, cerita, gosip, tips dan tutorial yang selalu aku ceritakan dalam blog aku yang tak seberapa ini. Sorry dah lama tak update blog ini sebab sibuk dengan urusan jual beli produk terbaru aku iaitu Kuasa Viral Facebook. Nanti aku akan ceritakan serba sedikit tentang bagaimana korang boleh buat duit dengan Facebook.
Pada 20 Mei lepas merupakan harijadi aku. Terima kasih pada semua teman-teman dan rakan blogger yang mengucapkan selamat hari jadi pada aku. Terharunya aku tak terkata. Hehehehe.. Tapi yang terasa best sekali bulan Mei ni apabila Adi Wong, Rice Blogger menganugerahkan ranking yang aku rasakan baik untuk blog aku yang juga dah genap setahun usia domainnya. Hoho! Korang boleh tengok ranking tersebut di sini -> http://www.riceblogger.com/top-100-malaysian-blogs/

11 Responses