Hari Selasa lepas aku tengok bola dengan Arip. Dah lama tak tengok bola Liga Super since tahun lepas. Tahun lepas tengok bola paling selalu pun masa Piala Malaysia 2009. So dengan bantuan Arip yang selalu dapat tiket free, akan aku kuatkan semangat untuk layan kempen Liga Super 2010. Muahaha!

Malam tu Negeri Sembilan lawan KL Plus. Memang sudah dijangka keadaan stadium yang lengang membolehkan  kitorang melangkah masuk dengan kangkang selebar-lebarnya. Memang tak ramai orang langsung tengok bola malam tu. Tapi boleh layan la sebab still ada lagi geng-geng tukang maki masa game tengah main. Wakaka!

Negeri Sembilan main malam tu memang macam hampeh. Semuanya tak menjadi, pastu apa lagi. Penyokong pun fedup la, diorang main macam nak tak nak je. Lari tu setakat kejar bola, dah nampak bola dalam satu meter dia stop dah kejar bola tu. Asal tengok bola sudah agaknya. Damnito betul!

Last-last seperti yang dijangkakan, KL Plus yang dapat gol dulu masa separuh masa kedua. Kitorang dengan bangganya bersorak sekali time diorang gol. Hahaha! Dah memang tak tahan dah tengok Negeri Sembilan main. Maybe dah kenyang sangat dengan duit bonus lepas menang Piala Malaysia hari tu agaknya.

Tak lama lepas tu Negeri Sembilan dapat control game tapi takdelah hebat sangat. Selepas dengar makian daripada penyokong sendiri, diorang akhirnya dapat jugak satu gol, nice header. Kitorang pun sokong Negeri Sembilan balik and start mengejek penyokong KL Plus yang datang hanya seciput bersama gendang diorang.

Dah memang rezeki Negeri Sembilan, last-last dapat gol pada masa kecederaan (masa tambahan). Melompek semuo orang dibuek eyh! Wakakaka! Game yang paling lawak pernah aku saksikan. Lawak dengan game bola and lawak dengan penyokong. Yang tadi punyalah memaki bagai nak mati, berjoget-joget pulak bila dapat gol. Wahaha!

Akhirnya Negeri Sembilan dapat kemenangan pertama dengan jaringan 2-1. Hobin jang hobin! Muahaha!

Kredit Gambar : Saifullah

Related Posts with Thumbnails