Siapa tidak kenal dengan vocalist band The Times, Naza atau nama sebenarnya Natazar Mohamad. Suara lunaknya pernah mendapat perhatian para penggemar muzik  di Asia Tenggara selepas lagu The Times menjadi top hit selama satu minggu di AMP ChannelV. Kini Naza kelihatan bahagia dengan kehidupannya sekarang dengan ditemani seorang isteri yang manis setia di sisinya dan seorang baby baru bernama Nyna Isabella Natazar. Wow! Unik nama baby abang Naza kita ni.

Menurut isteri Naza , Fatin Izzaty, dia berasa sangat bahagia bersama dengan Naza dan baby pertama mereka. Dia sekan berjanji akan menjaga suami dan anaknya sehingga akhir hayatnya. Suami dan anaknya adalah segala-galanya untuk Fatin. Merekalah dunia kepada Fatin dan dia berbangga menjadi seorang ibu dan isteri. Silaplah kalau ada sesiapa yang mengajak dia untuk pergi ke ‘club’. Mungkin ada yang akan makan gitar nanti. Hehehe..

Fatin dan abang Naza kita baru saja menyambut anniversary mereka yang pertama. Mereka berdua menyambutnya dengan ‘dinner’ bersama-sama di tempat yang istimewa. Mari kita doakan kebahagiaan mereka. Aku pun berharap sangat abang Naza tidak lupa untuk meluangkan masa bersama anaknya dengan arwah isteri pertamanya. Di sini aku ada beberapa gambar kemesraan keluarga abang Naza.

P/S: Bagi sesiapa yang gilakan The Times, nantikan album baru mereka. Hidup muzik alternatif!

Klik ‘more’ untuk melihat gambar mereka.

Related Posts with Thumbnails