Baru kejap tadi terjumpa blog Natasha Hudson. Ada orang cakap sebelum ni blog dah kena banned, mungkin ini blog barunya. Jelas sekali itu memang blog Natasha Hudson. :)

Penulisan Natasha Hudson memang aku minati, mungkin dia boleh menjadi penulis sajak atau novel yang baik. Dia banyak menulis mengenai kehidupan dan cara dia nak adapt semua problem dia. Kadang-kadang dia tulis dalam bentuk puitis.

Ada juga dia blog pasal baby Nessa yang amat disayangi dan aktiviti seharian dia. Sesungguhnya dia memang sayangkan Nessa sangat-sangat. Banyak juga diselitkan gambar-gambar menarik.

Diharapkan Natasha Hudson tabah menghadapi segala dugaan yang ada. Akan ku lawati blog mu setiap hari lepas ni. Hehehe :)

Sorrylah, rahsia sikit blog dia. Takut penulisan dia terjejas pulak lepas ni kalau ramai sangat orang baca. Kalau korang nak tahu kena cari sendiri la ok. Muahaha! Kejam sikit hari ni.

Related Posts with Thumbnails