Minggu depan adalah minggu tersibuk aku dalam kehidupan sebagai seorang blogger sepenuh masa. Kalau kehidupan seorang student tu lain citer la kan. Hohoho.. Aku akan sibuk beraksi di luar kawasan rumah dan juga luar kawasan  Negeri Sembilan. So boleh dikira out station la kan. Hehehe..

Hari pertama tugasan minggu depan adalah untuk menonton movie baru bersama-sama blogger-blogger lain di Midvalley. Semua ini adalah kelolaan Advertlets tetapi semua blogger boleh join program ni asalkan kroang ada blog. Kitorang tak jahat yeaa.. Hehehe.. Aku akan menonton movie A Nigthmare on ELm Street. Kalau korang nak ticket free, ada di sini selagi available.

Hari kedua tugasan aku jatuh pada hari Khamis. Aku dengan dua tiga orang blogger lain dijemput untuk mencuba makanan di restaurant baru Harith Iskandar dekat area Sri Hartamas. Nama restaurant baru Harith Iskandar ni, Samsaraa. Aku berharap sangat Harith Iskandar mampu buat aku gelak guling-guling kat bawah meja makan nanti. Haha!

Hari ketiga pulak jatuh pada hari Jumaat. Aku akan pergi ke seminar bro Rohaizad untuk korek rahsia dia buat duit dengan menjual links. Aku rasa aku dah tahu konsep dia, cuma aku nak tambah lagi ilmu yang ada. Diorang ni banyak rahsia! Hohohoh.. Seminar tu bermula pada pagi Sabtu, jadi aku harus bermalam dekat sana la kan. Jom ke Bandar Baru Uda, Johor Bahru! Woot wooot!

Related Posts with Thumbnails