Pengasas Dell Computer , Michael Dell

Semasa Michael Dell masih lagi berumur 13 tahun , dia telah menjalankan  perniagaan unik yang sangat berjaya iaitu mail-order stamp trading daripada rumahnya , berpendapatan kasar sehingga $2000 setiap bulan. Selepas dia memasuki college pada tahun 1983 sebagai seorang pelajar pra-perubatan , dia telah digezutkan dikejutkan dengan era keusahawanan. Semasa waktu itu , komputer peribadi baru saja memasuki aliran utama  Amerika ataupun mainstream, dan Michael Dell melihat pasaran itu sebagai gelombang masa depan . Semasa di awal kemasukannya ke college , dia mendapat idea yang dia mampu untuk membeli bahagian dan komponen-komponen komputer terus daripada kilang dan memasang sendiri semua komponen tersebut , kemudian menjual komputer tersebut terus kepada consumers @ pembeli 40% bawah harga biasa di kedai-kedai komputer. Sudah tentu semua orang nak beli dengan dia power siot .

Pada semester kedua tahun pertama Michael Dell di college , dia berjaya mendapat untung kasar sebanyak $80,000 daripada bilik asrama dia sahaja pada umur 19 tahun !!! Pada penhujung semester tersebut , dia membuat keputusan untuk berhenti belajar di college dan melancarkan perniagaan mail-order komputer. Dia menamakan perniagaannya Dell Computer . Dalam tempoh dua dekad kemudian , Dell telah tumbuh bak cendawan dan telah menjadi firma yang mendominasi industri dan telah stabil dengan pasaran dunia.Keuntungan tahunan Dell Computer telah menjangkau $41 billion dan syarikat tersebut telah mempunyai 46,000 pekerja di seluruh dunia. Dell mempunya kilang pengeluar terbesar di United States , China , Brazil dan Ireland dan firma tersebut sekarang sudah pun melancarkan beberapa produk lain seperti printer , MP3 player  dan juga TV LCD.

Michael Dell Biography (Michael Saul Dell) : Founder of Dell Computers
Famous for : Founding Dell Computers with $1000 and creating a net worth of $20 billion USD before the age of 40.
Dell details : Born – February 23, 1965 Texas, USA / Lives – United States of America

P/S : Jom semua , kita pakat berhenti college..haha..gurau je.

Related Posts with Thumbnails
Be Sociable, Share!