Tak dinafikan blogger di Malaysia semakin lama semakin ramai. Aku rasa blog sudahpun menjadi satu trend kepada setiap orang. Boleh dikatakan sesiapa yang tidak ada blog tu, tak up to date dengan perkembangan semasa. Hahaha.. Apa lagi, mulakanlah blogging! Aku syorkan kepada sesiapa yang nak mulakan blog, lebih baik membeli domain sendiri jika ada sedikit modal kerana ianya lebih baik daripada yang percuma. Tetapi jika korang tidak ada sebarang modal untuk bermula, bolehlah gunakan platform percuma seperti Blogspot dan WordPress. Bila kita dah mula blogging, kita pasti akan berinteraksi sesama empunya blog yang lain. Yelah, blogger Malaysia memang baik hati kalau bantu-membantu untuk meningkatkan taraf blogger di Malaysia ni. Kalau kita hidup berjiran, kita akan selalu memberi sedikit buah tangan untuk jiran kita sebagai tanda persahabatan. Namun di dunia blogger, cara penghargaan tu diadaptasikan dengan memberi tags kepada rakan-rakan blogger yang lain. Korang setuju tak? Hehe..  Sebenarnya aku dah ditag dua hari lepas jadi akan membalasnya hari ni.

Spread The Love Award

Award ni adalah pemberian daripada PapaBear . Tak sangka pulak aku ni dikenali oleh PapaBear. Hoho.. Dan aku akan anugerahkan award ni kepada beberapa blogger lain. Walaupun diorang ni tak selalu lepak blog aku, aku nak bagi jugak. Hehehe..

1. Mazuki 2. KampungBoy 3. Dilemma 4. Titan 5. AlangCyber 6.HafizMolek

Peraturan award ni mudah je :

1. Copy the badge and put it on your blog.  2.  Link back who passed you this tag.  3. Spread this tag to at least 6 or more bloggers.

P/S : Tengah mencari mana-mana url blog member aku yang tak lengkap lagi tu.

Related Posts with Thumbnails