Menukar Perspektif Orang Ramai Terhadap MLM

better change

Saya memang tidak serik dengan perniagaan network marketing ataupun lebih dikenali di Malaysia sebagai MLM. Saya menemui bidang ini terlebih dahulu sebelum saya berasa ghairah terhadap perniagaan menerusi internet. Perniagaan MLM ini terlebih dahulu memupuk sifat keusahawanan saya ketika usia muda di sekitar 18 dan 19 tahun ketika itu.

Walaupun pada mulanya syarikat MLM pertama yang saya sertai ketika itu saya tidak mendapat sebarang keuntungan tapi saya berjaya mendapat pulangan modal. Namun ketika itu saya menyalahkan kepada syarikat dan rakan niaga, tapi beberapa tahun kemudian saya sedar ianya salah diri saya sendiri.

Saya tahu orang ramai kebanyakannya menyalahkan mana-mana syarikat jualan langsung yang mengamalkan konsep MLM mereka sertai. Tetapi hakikatnya mereka sebenarnya tidak mengikuti konsep dan sistem perniagaan MLM cara yang sebenar-benarnya. Ada yang mengharapkan ianya adalah perniagaan goyang kaki dan cepat kaya, langsung membuatkan mereka gagal sekelip mata.

Kemungkinan besar mereka tidak mengikuti apa yang disarankan ataupun sememangnya mereka dididik dengan cara yang salah serta janji manis yang meleleh-leleh. Saya pernah terjebak dengan mewujudkan beberapa skim goyang kaki yang kononnya boleh membantu mereka berpendapatan lumayan tanpa sebarang usaha daripada mereka, malangnya ianya tidak seperti dirancang kerana perniagaan ini adalah perniagaan yang berteraskan HATI serta IMPIAN dan bukannya atas kertas semata-mata. Maafkan saya :’)

Pembawakan perniagaan MLM di Malaysia ini memang agak berbeza dengan pembawakan di luar negara. Di luar negara perniagaan MLM lebih banyak disebut dengan nama network marketing business. Di sini kebanyakan penggerak MLM lebih cenderung mempromosi dengan menjadikan duit sebagai nadi utama mereka.

Tetapi saya kini lebih suka mengikuti jejak langkah network marketers di luar negara yang lebih mengisi intipati mengenai kehidupan dan memberikan nilai-nilai murni kepada orang ramai. Di sana ramai yang menjalankan perniagaan network marketing bukan hanya kerana duit semata-mata, malah mereka lakukannya untuk diri mereka sendiri, keluarga, orang ramai dan masa hadapan.

konvokesyen convocation

Saya percaya perniagaan MLM ini mampu menukar diri kita daripada individu yang biasa kepada yang individu yang benar-benar hebat dan positif. Jenis perniagaan sebegini mampu memberikan saya lebih banyak masa menjalankan aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan. Pak Abu juga mampu memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak perempuannya.

Thomas bersyukur mampu memberikan penjagaan kesihatan terbaik kepada ibubapa, isteri dan anak-anaknya. Chandran boleh berbulan madu lebih 6 kali setahun bersama isteri tercinta selepas menceburi perniagaan network marketing. Mr Lim sudah boleh membeli tanah dan rumah-rumah sebagai pelaburan yang terbaik menggunakan ganjaran perniagaan MLM walaupun sebelum ini dia hanya penjual ikan di pasar.

Ramai lagi sebenarnya yang sudah mencapai impian masing-masing selepas menceburi perniagaan ini. Perniagaan ini bukan setakat mengajar kita daripada segi kewangan, tetapi ianya juga mengajar saya dan yang lain-lain bagaimana untuk menjaga hubungan yang sesama manusia. ini adalah perniagaan yang menyeluruh.

Mari kita sama-sama belajar untuk menyalahkan diri sendiri daripada asyik menuding jari ke arah orang lain. Saya harap saya boleh menukar perspektif orang ramai terhadap perniagaan MLM ini dan menampakkan perkara-perkara positif untuk manfaat bersama. Insyallah, mudah-mudahan anda semua dapat menerimanya dengan baik.

P/S : Hubungi saya jika anda benar-benar ingin bersama saya di dalam perniagaan ini. Untuk anda, untuk saya 🙂

10 thoughts on “Menukar Perspektif Orang Ramai Terhadap MLM

  1. azmi

    saya juga pernah menceburkan diri dalam bidang ini beberapa tahun dulu…tetapi kekangan dari masa yang terhad membuatkan saya berhenti….kerana pada ketika itu saya masih lg menununtut di sebuah kolej…..

    Reply
  2. Mohd Isa

    bab mlm ni ada buruk dan baiknya, tp kini aku lihat ramai yg memandang buruk terhadap mlm. kenapa buruk? pastilah ada segelintir syarikat yg mengambil jalan mudah dan memburukan nama mlm. bg aku, mlm sebenarnya menarik, kalau di negara luar sudah ramai yg berjaya dengan mlm. tp di malaysia, dgn sikap yg tidak bertanggungjawab. menjahanamkan industri mlm. anyway, boleh bro share dengan aku tak?
    Mohd Isa´s last blog post ..Hobi melepaskan tekanan?

    Reply
  3. Afiffuddin

    1st syarikat MLM aku join under Richie, hehe, sebab aku tahu potensi syarikat itu bukan saja dari segi MLMnya tetapi produknya yang menarik orang. Sangat mudah di pasarkan melalui internet berdasarkan kategori nichenya. Aku sebagai IM gemar niche-niche begini. Hehe.
    Afiffuddin´s last blog post ..Bisnes Topup

    Reply
  4. afi

    MLM..hurm..org kat Malaysia ni suka sgt menipu bab mlm ni..terutama org atas yg da byk downline..dpt duit byk..trus lari..tinggal downline dia terkapai-kapai mcm tu je..sbb tu ramai org serik nk join mlm..
    afi´s last blog post ..3 Summer Computer Tips

    Reply
  5. Mazuhan

    Saya setuju dengan tuan. Saya mula berkecimpung dengan MLM secara tak sengaja. Pada awalnya saya lebih fokus kepada Internet Marketing. Dalam membuat kajian pasaran, saya tercari-cari model bisnes apa yang saya inginkan untuk buat pemasaran produk. Akhir sekali saya memilih network marketing sebagai asas untuk saya ketengahkan dalam perniagaan Internet Marketing saya.
    Mazuhan´s last blog post ..Kesihatan Seksual dan Masalah Mati Pucuk

    Reply
  6. Eddy

    saya seinggat sy penah join 3 kali mlm,tp tk success.mmg sy tade kemampuan atau kekuatan nak buat.itu mmg sy nampak salah saya.mmg betul,kalau ingat goyang kaki je duit boleh masuk poket,,mmg silap la yek ehhee

    Reply
  7. master slave

    bagi aku kepada agen yang berkempen itu. kenalah cerita terus terang pasal sistem MLM mereka. jangan taburkan janji manis je untuk cepat kaya. inilah silapnya orang yang menjalankan MLM. apabila mereka tidak faham sistem sertai. bila nampak susah mula mereka cakap MLM itu tipu. agen jangan fikir nak untuk sahaja dengan ajak orang masuk. ceritakan benda yang sepatutnya orang kena buat kalau sertai MLM.
    master slave´s last blog post ..Tips Cara Mendapatkan Backlinks Berkualiti

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge