Inilah mastermind class aku yang pertama untuk mastermind yang official dibuat oleh Google. Memandangkan aku telah dijemput untuk menyertai sesi mastermind ni dengan Aman secara amannya, maka aku pun terima je lah kan. Hohoho..

Gerak daripada Kelana Jaya selepas lepak bersama Epol and the gang, aku terus shoot pergi KL Sentral naik Putra LRT. Sampai-sampai terus jumpa Aman and terus pergi naik ke hilton KL Sentral untuk sesi pendaftaran.

Perghhh! Bapak ramai orang. Rata-rata semuanya aku tengok macam orang-orang daripada company besar-besar. Dalam benak aku, diorang ni ada ke akaun Google Analytics. Miahaha! Mungkin ada dan mungkin tidak. Yang tidak ada tu datang sekadar untuk cari network baru je.

Google Analytics ni aku rasa lebih bagus digunakan untuk mereka-meraka yang ingin mengkaji mengenai pelawat blog diorang agar diorang dapat menggunakan pelawat web yang ada tu sebaik-baiknya. Baik daripada segi faedah ataupun wang ringgit. Hohohoho..

Aku dah lama dah ada akaun Google Analytics cuma ada beberapa part dalam tu aku tak gunakan lagi seperti Goals and Tracking. Bukan tak tahu guna cuma aku tak memerlukan buat masa ni. Sebab traffic semua site aku banyaknya datang daripada search engine. Heeeee..

Banyak juga benda best yang aku belajar daripada Team Google masa hari tu. Rugi dow sape tak dijemput. Muahaha! Event tu habis dalam pukul 6 lebih macam tu. Kemudian sebelum balik, aku santap makanan yang enak-enak dengan Tekong, Aman, Wafiq dan Orellex. Kami tak minum bir masa tu. Hoho!

Kepala besar Google South East Asia

Ni baru 1/15 orang yang hadir.

Related Posts with Thumbnails