htc desire s, angry birds rio

Zaman kecik-kecik dulu korang pernah melastik burung tak? Aku masa sekolah rendah dekat kampung dulu, ada jugak musim melastik-lastik nii. Rekod terbaik aku pernah melastik burung dengan satu batu, sekali one shot je dah kena, tumbang!

Ada jugak la bakat aku tu kan. Hohoho! Tapi zaman sekarang macam-macam dah berubah, rasanya takde dah budak sekolah rendah yang ambik upah buat kayu lastik, RM5 sebatang. Sekarang semua guna smartphone!

htc desire s, angry bird

Dulu Angry Birds ni famous di kalangan pengguna product Apple saja. Tapi sekarang dengan kewujudan Androids, korang boleh bermain Angry Birds di kebanyakkan smartphone termasuklah HTC Desire S yang  sexy ni. Ngeeee…

Sebelum ni asyik tengok je orang lain main Angry Birds, sekarang aku memang dah jadi mat gian main game ni sampai tertidur! Muahaha! Makin lama makin serasi dengan burung-burung yang ada dalam ni.

htc desire s, angry bird

Pencapaian aku pun makin lama makin meningkat dan telah memecahkan rekod kawan aku yang pernah main Angry Birds ni lagi awal daripada aku. Hohoho! Kenapa aku boleh jadi power daripada diorang?

Satu, boleh dikatakan aku ni jadi power sebab main hari-hari. Lagi satu mungkin kerana kehebatan touchscreen yang sensitif membolehkan setiap sentuhan jari aku dapat dibaca dengan baik.

Performance HTC Desire S yang membolehkan aku beat record Angry Birds kawan aku ni adalah dibantu 1GHz Snapdragon MSM8255 processor daripada Qualcomm yang berada di sebalik skrin HTC Desire S ni. Qualcomm merupakan pembekal cip processor kepada iPhone juga.

Buat masa ni memang tak boleh lawan iPhone 4 maaa! Tapi lebih kurang sama jugaklaaahh.. Kalau tak percaya, nanti korang trylah gentel-gentel skrin HTC Desire S ni.

 

 

Related Posts with Thumbnails