
Sebelum ni aku selalu fikir yang aku ada masalah kulit muka yang berminyak, tapi apa yang aku jangkakan jauh meleset. Rupa-rupanya kulit muka aku dalam dehydrate. Ini bermaksud kulit muka aku kering. Terima kasih dekat Biotherm Pit Stop yang aku singgah tempoh hari. Amoi tu settlekan masalah aku dengan mulut dia and kepala otak dia je. Hehehe..
Masa dekat situ mata aku dah asyik pandang product-product yang Biotherm ada. Amoi tu cakapa yang paling sesuai untuk aku adalah Biotherm Anti-Fatigue. Ini sebab muka kau ni banyak sangat terdedah dengan keadaan-keadaan yang boleh menyebabkan muka aku bermasalah. Faktor cuaca tu memang dah biasalah kan tapi ada lagi satu faktor mungkin juga penyebab besar masalah kulit muka ni, faktor emosi.

Akibat daripada ketidak ketahanan aku melihat Biotherm Homme High Recharge – Anti Fatigue ni. Daripada aku tengok dari jauh dengan mata yang stim, aku pun berhasrat untuk memilki product ni dan aku pun merembatnya dengan kerelaan hati yang tinggi. Wow! Sekarang aku mencuba nasib untuk memilki kulit muka yang halus dan mulus bak mak nyah Taman AST Seremban. Weeeeeee!
Aku rasa yakin dengan Biotherm Anti-Fatigue ni sebab aku ada baca dekat belakang kotak dia berbekalkan ilmu berbahasa Inggeris yang baik, aku dapat tahu yang product ni ada menggunakan ginseng sebagai bahan utama. Ginseng baik untuk kesihatan maaaaaa! Kata orang Cina. Hehehe.. Jadi aku dengan tidak sabarnya nak balik cepat-cepat ke rumah dan nak pakai Biotherm Homme ni.
Cakap pasal produk.!!!!!

Mula-mula sekali kau gunakan High Recharge Energy Cleanser ni untuk cucian pada muka korang. Tak perlu banyak-banyak sangat sebab High Recharge Energy Cleanser ni boleh menghasilkan buih yang banyak. Kalau korang tekan lebih-lebih sangat, kalau tak silap aku kau dah boleh anjurkan pesta buih dekat rumah sendiri tanpa menjemput orang lain. Muahaha! So guna sikit je ok. Lagi satu, jangan sampai kena mata!

Ok, mulakan aktiviti pembuihan korang. Boleh tiru cara aku kalau korang mahu sebab aku ni seorang pencuci muka yang dilatihkan oleh pakar. Tak perlu riasau. Hahaha.. Buat pembuihan yang agak banyak di kawasan yang ketara tidak sihatnya. korang dikirlah sendiri kat part mana korang rasa teruk. Aku punya takde kawasan yang teruk sangat lagi kecuali hidung kot. Masa korang urut muka tu, buat secara bulatan ataupun round a bout
Muahaha! Ntahlah!

Lepas tu korang cuci dan bilas muka korang sebersih-bersihnya. Seriously masa ni, muka aku rasa segar gila. terasa sejuk dowh bila cuci buih-buih tadi dengan air. Aku rasa air paip dekat rumah aku ni takde keistimewaan yang lebih daripada air paip di rumah jiran-jiran yang lain. So aku sangat yakin ni disebabkan High Recharge Energy Cleanser yang aku pakai nih. Wohoho! Memang terbaik la dow! Kalau dah rajin sangat cuci muka tu, nak terus mandi pun boleh. tapi aku tak buat macam tu sebab aku PRO! Hahahaha.. Kena jaga status..

Sekarang masa untuk menggunakan High Recharge Energy Splash. Sebelum aku baca dekat belakang botol ni, aku bajet-bajet High Recharge Energy Splash ni untuk bersihkan muka. Sekali tengok betul daaaaaa! Korang kalau nak gunakan benda ni, aku nasihatkan korang menggunakan kain kapas yang kecik-kecik tu. Alaaa kalau korang takde kapas yang petak-petak tu, korang gunalah je lah kapas yang macam biasa tu.
Tapi pastikan kapas! Lepas tu korang lap High Recharge Energy Splash ni dekat muka korang dengan menggunakan kapas. Ni nak buat kotoran yang ada dekat muka korang. Walaupun dah dicuci, tapi mesti ada yang tertinggal lagi kan. So gunakan High Recharge Energy Splash ni sebaik-baiknya di sekitar muka dan juga leher. Sebenarnya High Recharge Energy Splash ni anti-fatigue lotion yang melengkapkan pembersihan kulit muka dan buat muka kita relax untuk dimosturizekan.

Muka ni lagi sensitive daripada rambut. Sedangkan rambut pun perlukan condiotioner, apatah lagi muka yang sangat-sangat memerlukan kasih sayang sang moisturizer. Wakaka! Jadi langkah yang perlu dilakukan sekarang tidak lain dan tidak bukan, melembapkan muka korang dengan mosturizer ni yang bernama High Recharge. Benda ni akan buatkan kulit kita lembap (mosturize) non stop! Kecualilah korang pergi tadah muka dekat cahaya matahari terik tu selama 20jam. Muahaha! Product ni sama macam kedua-dua product dekat atas, mengandungi ginseng dan oligo vitamins jugak.

Menurut amoi tuh, aku kena letak 3 titik dekat muka. Satu dekat dahi, satu dekat pipi kiri dan satu lagi pipi kanan. tapi aku derhaka dengan dia aku letak 4 titik. Aku letak dekat dagus atu. Muahaha! Korang sapu-sapu sikit dekat empat bahagian tu ikut turutan and tarik bawak ke tepi. Macam daripada pipi tarik ke telinga. Ada paham tak wahai kalian? Ok cun!

Aku bajet lama-lama kalau aku pakai Biotherm Homme Anti-Fatigue ni, kehenseman aku akan setahap dengan mamat dekat gambar atas ni, Tom Welling. Mesti boleh punyalah kalau hari-hari pakai Biotherm sambil nyanyi lagu yakin boleh. Muahaha!
Bagi korang yang nak rasa kebestan guna product Biotherm ni, janganlah malu-malu untuk pergi ke lokasi retailer diorang yang berhampiran. Aku sejak pakai benda ni dua hari lepas, hari-hari mimpi awek lawa urut-urut muka aku dow. Hohoho!
Kalau korang nak buat skin testing untuk product Biotherm Homee Anti- Fatigue ni pun boleh. Cuba korang check tempat yang berhampiran dengan korang dekat sini –> Biotherm Retail Location
Ok geng! Kalau korang dah mula pakai benda nih jangan lupa bagitau aku. Nak kongsi mimpi-mimpi yang korang dapat nanti ok. Wooot wooot!
16 Responses