Bagi aku, masa itu terlalu pantas berlalu dan tiada siapa yang dapat mengejarnya sebab ianya akan terus bergerak tanpa henti, tanpa penat lelah dan juga tanpa sebarang rungutan. Manusia macam aku ni sentiasa tewas dengan penggunaan masa. Pejam celik pejam celik, aku dah bazirkan banyak masa tanpa melakukan apa-apa!! Dan perkara yang paling ‘worst‘ sekali bila aku melewat-lewatkan masa selewat yang boleh. Aduhai, teruknya!! Oleh sebab itu banyak perkara yang aku dah terlepas dan rugi. Lepas tu aku menyesal sorang-sorang. Cets!!

Bagi seseorang manusia, samada tua ataupun muda kita haruslah tahu cara nak optimumkan penggunaan masa sebaik-baiknya. Pengurusan masa itu penting kan? Semuanya nak kena planning. Nanti takut semuanya tak menjadi takpun terbengkalai terus. Tapi ada jugak orang macam aku ni, planning bagai nak rak tapi suka sangat melewat-lewatkan masa yang ada. Akhirnya planning tu semua tak guna. Huarghh!!

Pendapat aku, sesiapa yang dapat menguruskan masa dengan baik dia merupakan manusia yang paling cemerlang dan produktif sekali, Bagus wooo dapat jadi orang macam ni, teratur je. Tapi takdelah ‘skema’ sangat kot. Patutlah sekarang banyak sangat ceramah khas untuk orang yang nak jadi cemerlang dalam pengurusan masa. Sampai boleh buat business pasal ni ek. Korang ada apa-apa tips tentang nak menguruskan masa dengan baik? Macam mana korang planning kerja korang? Kehidupan seharian korang?Bagi aku tips-tips yang bernas.

Korang rasa Massa pandai uruskan masa tak?

P/S : Kenapalah aku tak start study hari Sabtu ? Haihhh..Jumaat exam..

Related Posts with Thumbnails