Harimau mati meninggalkan belang dan manusia mati meninggalkan nama. Saban hari kehidupan kita direncahkan dengan pelbagai nikmat dan dugaan. Banyak perkara yang kita lalui tetapi macam mana kita lalui semua itu? Apa yang kita akan tinggalkan pada dunia dan apa bekalan yang kita bawa untuk akhirat kelak?

Pemergian Pak Uda @ Zami Ismail ke rahmatullah memang memberi kesan kepada peminat Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan Hantu Mak Limah Balik Kampung. Aku lebih mengenali Zami Ismail dengan watak Pak Uda dalam Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Setiap kali balik sekolah rendah, memang tak sah kalau tak bukak TV3 nak tengok PMPMTT. Masa tu pukul 1 lebih dah start dah dan ada pada masa tertentu diorang siarkan waktu malam. Pak Uda meninggal dunia akibat sakit jantung. Diharapkan ada ahli keluarga atau peminat menyambung bakat Pak Uda.

ryan dunn jackass

Ryan Dunn memang dikenali peminat tegar JackAss yang memaparkan aksi-aksi yang tidak masuk akal dan pelik. Ryan Dunn merupakan antara superstar JackAss. Walaupun dia pelik, tapi dia telah membuka mata ramai orang yang takut untuk ambil risiko.

Dia yang berumur 34 tahun mati akibat kemalangan ketika memandu kereta Porsche dengan seorang lagi rakan yang tidak dikenali identitinya. Rakannya turut maut dalam kemalangan itu yang berpunca daripadakelajuan kereta melampau.

qayyum majalah ujang

Editor dan pelukis majalah Ujang, Qayyum juga meninggal dunia malam kelmarin akibat serangan jantung di rumahnya. Rashdan Abdul Rahim mengalami serangan jantung pada pukul 9 malam kelmarin ketika menaiki tangga rumahnya.

Kemudian dia terus dibawa ke PPUM dan disahkan meninggal dunia pada pukul 9.28 malam. Allahyarham Qayyum meninggalkan seorang isteri dan anak pada umur 41 tahun. Dulu masa kecik-kecik memang tak pernah miss beli majalah Ujang dan baca lawak Qayyum.

P/S: Jaga kesihatan, hargai nyawa dan ingatlah orang yang tersayang. Al-fatihah..

Related Posts with Thumbnails