
Aku dari dulu lagi tak puas hati kalau masa aku nak masak telor goreng. Sebab hasil selepas proses aku memasak, keadaan telor tu tak seperti yang aku nak. Telor tu mesti kadang-kadang sedikit hangus dan ada juga yang bersepah-sepah bentuknya. Tak lawa macam ibu aku masak untuk aku. Hohoho.. Aku tengok ibu aku masak senang je, menjadi je telor tu. Clean je bentuknya, ala-ala macam makan dekat hotel lah telor goreng tu. Aku pun tak pasti macam mana step by step nak memasak telor goreng yang mengiurkan bentuknya. Haha! Gambar-gambar yang aku tunjukkan dalam post ni aku ambil masa aku masak pagi semalam. Tak tahan sangat dengan kelaparan yang melanda, memandangkan ibu aku tengah kerja, jadi aku pun memasaklah. Haha..
Aku rasa ramai yang suka makan telor kan? Ada yang suka makan telor 1/2 masak nak bagi kuat badan. Haha.. Tak tahu betul ke tak tips tu. Apa yang aku tahu, aku suka makan telur dengan roti tambah dengan sos cili. Ada dua cara aku makan roti dengan telor. Kadang-kadang aku goreng telor tu dulu lepas tu aku letak dekat tengah-tengah roti. Ada masanya, aku masak roti tu bersalut dengan telur yang dah aku sebatikan. Haha.. Ada macam Chef Wan tak aku cakap? Dua-dua cara ni memang memberi kenikmatan yang tak terhingga. Haha.. Korang selalu makan telor jugak? Macam mana korang masak? Yang perempuan, tolong bagi aku tips-tips nak masak telor yang mantap!

OK ke KO ?

Resipi Unggul Aku..Haha


25 Responses