Haiyoooo! Mana ada kalau kita lgoin Facebook boleh dapat duit. Apelah diorang ni, kalau nak promote tu biarlah beretika sikit kan. Nanti mana tahu kalau staff Facebook dah boleh cakap Bahasa Melayu, tak ke diorang nak ban account Facebook orang Malaysia. Menyusahkan orang ramai nanti.

Daym! Tapi aku tak nafikan yang kita semua boleh buat duit dengan Facebook. Ada macam-macam cara! Tapi takdelah dengan ” Login Facebook Dapat RM100 “. Nak buat duit tu biarlah telus kan. Ni aku dah berjuta-juta kali agaknya login Facebook takde pun dapat duit.

Facebook ni sebenarnya medium marketing je. Lebih-lebih lagi facebook ni laman sosial networking. Tujuan sebenar Facebook ni nak tambah kawan, besarkan network dan lain-lain lagi. Tapi sejak zaman celik IT ni, laman sosial pun boleh dijadikan sebagai medium pemasaran.

Geng-geng yang heboh cakap ” Login Facebook Dapat Rm100 “ tu sebenarnya diorang join MLM yang berkonsepkan affiliate. Diorang promote dekat Facebook buat status, send message spam, tag gambar diorang yang ada tunjuk duit RM100. Lepas tu diorang suruh hantar message kat inbox kalau nak tahu.

Pastu yang berminat diorang send message, and bila dah tahu diorang kena buat payment dekat orang yang refer kan diorang tu. Setahu program yang diorang join ni Infinity Downline. System dan konsep buat duit Infinity Downline ni bagus sebenarnya dan memang boleh buat duit.

Cuma yang ramai orang tak suka, diorang salah gunakan nama Facebook dan buat spam dekat Facebook. Tak ke buruk nama company tu nanti. Langsung orang ingat program tu spam nanti! Cubalah bagitau dengan telus sikit. Cakapah, buat duit dengan Infinity Downline terus ke kan senang. Hape daaaa!