Fulamakatak!(Frasa dalam Majalah Gempak masa dulu).. Dahlah memang berduit, dapat tajaan Habib Jewels pulak tu masa kahwin. Entah apa bertuahnya entah dapat jadi macam Linda Jasmine dan Que Haidar ni. Diorang tak payah fikir macam-macam pasal hari perkahwinan diorang nanti. Rasanya hari perkahwinan tu jatuh pada hari Valentines Day kan. Baguslah tu, sekurang-kurangnya bila masa-masa depan nanti diorang akan ingat tarikh tu sebagai tarikh anniversary diorang sendiri. Takdelah diorang fikir diorang sambut Valentines Day. Bukan apa, sebab ada sesetengah orang cakap yang Valentines Day ni tak elok untuk disambut lebih-lebih jikalau korang ni seorang yang beragama Islam macam aku. Kalau korang nak sikit rujukan, boleh usyar kat blog Khai ni –> Khai Benci Valentines Kot

Jom Sambung Baca Pasal Linda Kat Bawah
Sekarang memang trend kalau artis ditaja masa hari perkahwinan diorang termasuklah yang bakal berkahwin iaitu Linda Jasmine dan Que Haidar. Meh aku selitkan apa yang Linda Jasmine dan Que Haidar dapat masa perkahwinan nanti.
Akad nikah :
1. Anting-anting: RM127, 830
2. Gelang: RM165,000
Persandingan (Set safir biru dan berlian) :
1. Rantai: RM2.35 juta
2. Anting-anting: RM629,000
3. Gelang: RM74,800
4. Cincin: RM21,000
Memotong kek (Set ‘white south sea pearl’) :
1. Tiara: RM156,395
2. Anting-anting: RM88,325
Takdo Agak Eh Do!
Hehe.. Maafkan aku sebab pakai bahasa kampung aku. Lepas diorang dapat tajaan tu nanti, mesti ada artis lain yang berhasrat dengki macam syaiton. Dilulangi syaiton. Mungkin juga ada yang akan mengumpat yang diorang ni sebenarnya takde duit nak kahwin. Lepas tu confirm ada yang tuduh yang Linda Jasmine saja je nak dapatkan perhatian public. Ish3.. Wallahualam.. Jom layan gambar..







6 Responses