Perghhhh…Bertuah betul Lee Chong Wei ni dapat macam-macam ganjaran..Walaupun menang kalah dengan Lin Dan straight sekali gus!!Hehe..Yela , kalah pun dia tetap dapat pingat perak dan menyumbangkan satu-satunya pingat untuk Malaysia sempena Sukan Olimpik dekat China tu nun jauh di sana : ) Balik je Lee Chong Wei kat Malaysia dia terus disambut dengan meriah..Sampai ade majlis besar sekali tu…Fuiyooooo…Best betul , kalau aku tahu dari awal lagi aku main badminton je sampai power..Har3…

Ok, berhenti setakat situ..Sebenarnya isu yang aku nak bangkitkan ni adalah…Jeng3..Apakah kesinambungan yang kita boleh rungkai daripada kejayaan Lee Chong Wei ni?Keburukan?Kebaikan?Pro mahupun kontra?Sebab macam-macam pandangan orang aku sudah dengar..Ada yang kata bagus ada yang membangkang.

Yang Kata Bagus:

  • Menaikkan martabat sukan negara
  • Atlet kita akan berlatih bersungguh-sungguh
  • Bertambah ramai jagoan
  • Ramai kanak-kanak akan meminati sukan

Yang Membangkang:

  • Membuatkan pangkat Datuk jatuh..Lain la kalau macam Nicole Ann David
  • Nanti ramai kanak-kanak yang kuat main , tak nak belajar
  • Kecenderungan kanak-kanak terhadap pelajaran terbias
  • Duit tu boleh bantu ramai orang lagi
  • Banyak sangat bagi ganjaran,padahal negara lain takdela segempak Malaysia

Ini adalah sebahagian sedikit daripada coretan ramai orang..Tapi kita pandai-pandai la tafsirkan sendiri.Mana yang lebih baik..Decide yourself..

Related Posts with Thumbnails